If there is a chance of getting young and healthy again, would you hesitate?

There are only natural things,
no synthetics,
no chemicals,
you deserves the best...
to get back your health, beauty and prosperity in life.

I only go natural...

91,jln raja musa mahadi,tmn hillview,, Ipoh,Perak, Malaysia

Sunday, March 20, 2011

Perundingan Kesihatan Attitude Therapy

Pengamal anda: Dr Hajjah Aishah ARridza bt Mukhlas
Alamat: No 91 Jln raja musa mahadi,,
Taman Hillview
31350 ipoh

Golongan yang memerlukan: Semua peringkat umur

Jenis penyakit: Segala Penyakit berkaitan Rohani, Aqli, Ihsan, Jasad
Caj perundingan dikenakan: RM10

AK BANK: cimb 08140004937208

Lain2 Caj : Harga ubat yang diperlukan + pos Rm10

Cara perundingan: by i) email: aishah_arridza@yahoo.com
ii) sms sahaja 016 3315764
iii) temujanji

Maklumat yang diperlukan:

1.NAMA
2.TARIKH LAHIR
3.ALAMAT
4.STATUS
5.BERAT DAN TINGGI
6.MASALAH PENYAKIT
7.RAWATAN YANG SEDANG DI AMBIL

Cara Diagnos: Diagnos terus jika temujanji atau Diagnos jarak jauh dan maklubalas melalui email atau sms

Sembuh Attitude

Setelah pesakit mengikut terapi dengan Attitude Therapy, dia merasakan perlunya memiliki sikap yang betul untuk memandu kehidupannya. Dia mula sedar dari mana punca kesembuhannya. Mata hati Rohaninya dapat melihat penyakit datang dari sikap buruk melampau tanpa kembali kepada penyerahan dan keredhaan pada qada dan qadar Tuhan.

Nikmat kesembuhan rohani dan jasmani tidak dapat bertahan dengan memakai pakaian sikap yang lama dan enggan berubah.

Hikmah Penyakit ialah pembinaan antibodi untuk bertempur dengan antigen yang sentiasa menyerang dari berbagai sudut. Kekuatan antibodi adalah keperkasaan melawan penyakit. Sikap positif adalah latihan untuk mempertahankan antibodi yang telah terbentuk. Ia harus dibina, dijaga, dibaja supaya lebih kukuh.

Latihan melahirkan kesempurnaan. Sebab itulah badan yang sihat dapat melahirkan sikap yang sihat kerana latihannya ssentiasa berjalan dan berfungsi.

Thursday, February 3, 2011

Bekam/Cupping and Attitude

Apa yang dikeluarkan dari proses bekam ialah darah pekat yang statik dan tidak mempunyai potensi. Darah kotor ini meningkatkan kadar toksin terpendam dalam tisu dan sel tubuh. Toksin mengganggu metabolisma sel dan pembentukan sel baru.

Badan yang sarat dengan toksin mengalami gangguan sikap kerana bahan toksik meningkatkan suhu dan memusnahkan oksigen.

Sikap cepat marah, buruk sangka, cemburu, malas, putus asa, takut dan segala macam sikap negatif berkait rapat dengan kadar toksik yang memenuhi tubuh.

Semakin banyak toksik dapat ditarik keluar dari badan akan semakin ringan sistem tubuh berfungsi. Darah yang bersih menyihatkan roh, aqal, perasaan dan jasad.

Penggunaan Aromaterapi, minyak zaiton, madu dan bekam adalah satu gabungan rawatan semulajadi yang dapat menemukan kembali rupa kesihatan yang sepatutnya anda miliki.
Toksin adalah punca kepincangan Attitude / sikap.

Sunday, January 23, 2011

Why Bekam?


Dalam aliran darah tubuh manusia, jantung menghantar darah keseluruh tubuh badan dan mengambil semula darah yang telah digunakan kembali kejantung untuk di proses semula oleh paru-paru, buah pinggang dan hati.

Di bahagian paling jauh dari jantung terdapat darah yuang tidak dapat dikembalikan semula kejantung kerana faktur-faktur kelemahan aliran darah itu sendiri. Darah kotor itu berkumpul kebanyakannya di sendi-sendi dan dibawah permukaan kulit diseluruh bahagian badan. Darah itu tidak mempunyai sebarang potensi untuk kebaikan sel-sel dan tisu-tisu badan. Lama kelamaan volume yang terkumpul semakin banyak sehingga mengganggu kesihatan seperti sakit sengal, sakit sendi, kulit bermasalah dan pening.


Semasa Rasulullah saw sedang isra' mi'raj dari Mekah ke Masjidil Aqsa kumpulan malaikat menyeru agar Rasulullah memerintahkan umatnya berbekam. Rasulullah saw juga berbekam sekali dalam sebulan. Dalam musim Haji pun Rasulullah berbekam.


Dalam penciptaan makhluk Allah, Rasulullah saw adalah manusia yang terbaik dan paling mulia. Baginda menunjukkan contoh terbaik dalam akhlaq kehidupan. Dalam cara Rasulullah saw makan, baginda menjaga makannan yang bersih dan suci, baginda makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Baginda tidak pernah kenyang perutnya dua hari berturut-turut.
Sebagai manusia yang terpelihara baginda berbekam sekali sebulan untuk mengeluarkan darah kotor dari badannya.


Melakukan sunnah Rasulullah adalah disukai oleh Allah swt dan semakain banyak sunnah yang kita lakukan semakin mendapat berkat dan kebaikan dunia akhirat.


Kita manusia biasa yang tidak sunyi dari kesilapan dan kelemahan, harus memelihara diri kita dengan mengikut apa yang Rasulullah saw tunjukkan. Dalam bab menjaga kesihatan Attitude Therapy menggalakkkan semua pesakitnya yang telah lama berusaha mengubat diri untuk berbekam dengan bekam sunnah ini.


Proses bekam sunnah ini amat mudah dan tidak menyakitkan. Proses berbekam dilakukan dalam masa yang singkat, 1 jam. Nasihat dan bimbingan akan diberi semasa proses bekam berjalan.


Untuk mendapat kesembuhan yang berkesan, disamping menggunakan rawatan Attitude Therapy, untuk kes biasa, berbekam sebulan sekali sehingga sembuh, selalunya 3 kali.

Untuk kes kronik merawat sambil berbekam seminggu sekali sehingga sembuh, selalunya 3 kali.
(Ada berbagai jenis point bekam untuk berbagai kes penyakit.)

Thursday, September 16, 2010

Faminine Soap

Every woman is looking for a hygene product with a complete features, effective, soothing, beutifying.
Manjakani is a traditional ingredients used for women due to its astringent property and promote elasticity of tissues and skin.
Virgin manja soap with geranium essential oil is perfect for every women after giving birth or daily hygene care.

Saturday, September 4, 2010

Sinus Soap and Sinus Aromatherapy.

The main ingredients in Attitude therapy are many types of Essential oils. Essential oil's properties in regulating blood circulation, balance glands functions,anti viral, anti bacterial and anti microbes effects contribute to healing power.

Combination blends of Essential oils perfectly reduces and solves sinus problems.

Sneezing, running nose, cold, cough and fever are one package treatment when you use these soap and roll on aromatherapy.

Step to use:

1. Wash face with sinus soap.
2. Roll on Sinus Aromatherapy on your nose or face.

Use after bath everyday for best effect.

Friday, August 27, 2010

Sistem Endokrin

Bayangkan jika tubuh badan tidak cukup hormon tumbesaran, kita tidak membesar, kita akan jadi orang kerdil. Bayangkan jika tubuh badan kita tidak mempunyai hormon kejantinaan, kita tidak akan dapat nikmat terbentuknya sifat-sifat kejantinaan yang diimpikan dan tidak dapat nikmat mempunyai zuriat. Bayangkan tyroid tidak menghasilkan hormon, kita dapat gangguan pada leher dan berlaku pereputan tulang dan zat yang dimakan tidak akan dapat diserap. Bayangkan pancreas kita tidak menghasilkan insulin dan glukagen, darah akan tercemar kerana gula dan lemak tidak dapat dicerna.

Sistem endokrin ialah anugerah nikmat Pencipta yang Maha bijaksana, bijaksana kerana terperincinya sistem yang mengawal tubuh badan manusia. Terperincinya adalah tanda Dia sayang apa yang diciptakan ini. Lihatlah sistem ini mengkoordinasi aktiviti tisu seluruh tubuh manusia tanpa ada kurang atau cacat celanya.

Sistem ini bertindak dengan perantaraan berbagai-bagai jenis hormon (amino asid atau steroid)yang dirembes oleh kelenjar-kelenjar.

Hormon dirembis pada waktu tertentu pada kadar tertentu untuk bertindak pada organ tertentu pada satu jarak yang jauh dari tempat penghasilannya.
Hormon selalunya bertindak dengan penerima yang khusus diatas atau didalam sel tersebut.

Sistem Endokrin dan Eksokrin merembeskan hormon.

Endokrin:
Merembeskan hormon kedalam saluran darah atau kaviti badan.
Eksokrin:
Merembeskan hormon diatas kulit atau lapisan dalam sistem pencernaan atau pernafasan.

Organ Utama Sistem Endokrin: Pituitary.

Otak Hypothalamus berhubung rapat dengan organ Utama dalam sistem endokrin, pituitary. Bayangkan pula jika manusia tidak dapat nikmat tidur, apa akan terjadi pada hubungan hypothalamus dan pituitary ini? Inilah kelebihan tidur, maka eloklah tidur pada waktu malam awal dan bangun awal.

Pituitary yang sihat mengawal tindakan kelenjar-kelenjar:
i. Pineal
ii.Thymus
iii.Thyroid
iv.Parathyroid
v.Adrenal
vi.Pancreas
viiOvary/Testis

Kelenjar-kelenjar ini bergantung kepada fungsi organ utama, pituitary. Organ utama adalah ketua yang mentadbir orang bawah, jadi untuk membetulkan orang bawah, berurusanlah dengan ketuanya terlebih dahulu, maka orang atas tahu apa yang perlu dibuatnya. Tetapi jika ketua pun tidak dapat mengenal orang bawah, mustahil masalah orang bawah dapat diselesaikannya.

Attitude terapi sentiasa merawat dengan menggunakan pendekatan merawat punca masalah terlebih dahulu walaupun penyakit itu kelihatan parah dan perlu diberi rawatan terlebih dahulu.

Contoh seorang itu sakit tyroid yang kronik, jika punca masalah punca penyakit tyroid itu datang dari kelemahan pituitary, maka rawatan awalnya ialah merawat pituitary terlebih dahulu.