If there is a chance of getting young and healthy again, would you hesitate?

There are only natural things,
no synthetics,
no chemicals,
you deserves the best...
to get back your health, beauty and prosperity in life.

I only go natural...

91,jln raja musa mahadi,tmn hillview,, Ipoh,Perak, Malaysia

Sunday, January 23, 2011

Why Bekam?


Dalam aliran darah tubuh manusia, jantung menghantar darah keseluruh tubuh badan dan mengambil semula darah yang telah digunakan kembali kejantung untuk di proses semula oleh paru-paru, buah pinggang dan hati.

Di bahagian paling jauh dari jantung terdapat darah yuang tidak dapat dikembalikan semula kejantung kerana faktur-faktur kelemahan aliran darah itu sendiri. Darah kotor itu berkumpul kebanyakannya di sendi-sendi dan dibawah permukaan kulit diseluruh bahagian badan. Darah itu tidak mempunyai sebarang potensi untuk kebaikan sel-sel dan tisu-tisu badan. Lama kelamaan volume yang terkumpul semakin banyak sehingga mengganggu kesihatan seperti sakit sengal, sakit sendi, kulit bermasalah dan pening.


Semasa Rasulullah saw sedang isra' mi'raj dari Mekah ke Masjidil Aqsa kumpulan malaikat menyeru agar Rasulullah memerintahkan umatnya berbekam. Rasulullah saw juga berbekam sekali dalam sebulan. Dalam musim Haji pun Rasulullah berbekam.


Dalam penciptaan makhluk Allah, Rasulullah saw adalah manusia yang terbaik dan paling mulia. Baginda menunjukkan contoh terbaik dalam akhlaq kehidupan. Dalam cara Rasulullah saw makan, baginda menjaga makannan yang bersih dan suci, baginda makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Baginda tidak pernah kenyang perutnya dua hari berturut-turut.
Sebagai manusia yang terpelihara baginda berbekam sekali sebulan untuk mengeluarkan darah kotor dari badannya.


Melakukan sunnah Rasulullah adalah disukai oleh Allah swt dan semakain banyak sunnah yang kita lakukan semakin mendapat berkat dan kebaikan dunia akhirat.


Kita manusia biasa yang tidak sunyi dari kesilapan dan kelemahan, harus memelihara diri kita dengan mengikut apa yang Rasulullah saw tunjukkan. Dalam bab menjaga kesihatan Attitude Therapy menggalakkkan semua pesakitnya yang telah lama berusaha mengubat diri untuk berbekam dengan bekam sunnah ini.


Proses bekam sunnah ini amat mudah dan tidak menyakitkan. Proses berbekam dilakukan dalam masa yang singkat, 1 jam. Nasihat dan bimbingan akan diberi semasa proses bekam berjalan.


Untuk mendapat kesembuhan yang berkesan, disamping menggunakan rawatan Attitude Therapy, untuk kes biasa, berbekam sebulan sekali sehingga sembuh, selalunya 3 kali.

Untuk kes kronik merawat sambil berbekam seminggu sekali sehingga sembuh, selalunya 3 kali.
(Ada berbagai jenis point bekam untuk berbagai kes penyakit.)