If there is a chance of getting young and healthy again, would you hesitate?

There are only natural things,
no synthetics,
no chemicals,
you deserves the best...
to get back your health, beauty and prosperity in life.

I only go natural...

91,jln raja musa mahadi,tmn hillview,, Ipoh,Perak, Malaysia

Tuesday, January 26, 2010

Kemantapan Rohani Menjamin Kesihatan

Wawancara Radio
"Statistik Perceraian dikalangan pasangan Muslim diMalaysia adalah tinggi berbanding pasangan bukan Islam. 23,000 bercerai pada tahun 2008. Faktor2 yang membawa pada membuat keputusan untuk bercerai ialah:

i.Kelemahan tadbirurus keluarga,

ii.tidak dapat mengawal perasaan panas baran,

iii.kurang kesabaran,

iv.cemburu buta,

v.tidak bertanggung jawab

vi.dan tahap pendidikan.

Kebanyakan permohonan di mulakan dari pihak isteri, 80% lafaz talak di buat didalam mahkamah.

Kesemua negeri perceraian dimulakan pihak perempuan.

Ini adalah kesan apabila wanita membuat keputusan, apabila mereka telah di beri kelonggaran memohon perceraian.
Kesan kepada anak membimbangkan bagi pasangan yang ada anak.

Hubungan antara suami isteri dulu adalah "abang dan adik", masih wujud rasa kasih sayang dan hormat tetapi sekarang suami isteri lebih pada hubungan yang "setara", jadi pasangan merasakan masing-masing berhak. "

Diatas adalah sedikit catatan yang saya petik dari topik yang dibincangkan dalam sebuah setesen radio baru-baru ini.

Sudut Pandang Attitude Therapy

Apa yang menarik untuk dianalisa dari isu yang dibincangkan dalam setesen radio itu ialah tentang Sikap/Attitude pasangan yang berumah tangga dari sudut rawatan Attitude Therapy.

Saya memandang dari beberapa faktor atau sudut pandang:

1. Faktor makanan

Makanan memang ada peranan dalam membentuk karaktor atau sikap. Ini adalah bidang kajian saya. Mungkin kita boleh berkongsikan kajian ini bersama untuk ambil manafaat.

Makanan yang mengandungi protin tidak stabil (seperti produk soya, kobis, togeh), kesterol tepu (seperti sotong, udang), mineral berat (seperti isi dalaman haiwan, kepala ikan) akan mengganggu kesetabilan hormon.
Gangguan hormon pada lelaki atau wanita akan menyebabkan emosi yang tidak stabil seperti panas baran dan murung.

Keupayaan mengawal emosi dapat ditingkatkan jika pasangan suami isteri menjaga makanan yang menyebabkan gangguan hormon.

Dikalangan ahli keluarga juga masalah ini menyebabkan mereka tidak dapat berpakat. Anak-anak akan bergaduh wlaupun dalam hal yang sangat kecil.

2. Memahami psikologi organ:

Sistem pencernaan yang terbeban dengan makanan yang tinggi protin hingga terlebih had boleh menjejas fungsi pencernaan dan gagal menguraikan makanan menjadi zat yang menyihatkan. Kelemahan sistem pencernaan menyebabkan pembentukan toksin. Dalam Attitude Therapy psikologi organ pencernaan terutama pancreas ialah perihatin pada perkara luar atau sifat cemburu, dengki, hasad.

Tidak ramai yang menyedari sifat cemburu adalah sukar dikawal apabila seseorang banyak makan makanan berprotin tinggi. Tidak sangka menjamu selera akan menjadikan seseorang itu kuat cemburu. Apabila kegemaran makanan laut contohnya tidak dapat di kawal seseorang itu kerap mengalami tekanan perasaan cemburu.

3. Detoksifikasi

Toksin yang terbentuk dari kelemahan sistem pencernaan akan mengganggu sistem aliran darah. Sistem aliran darah yang lemah menyebabkan kelemahan semua fungsi organ dalam badan. Seseorang akan cepat tertekan dan tension bila sistem tubuh tidak seimbang. Jika ini berlaku seseorang itu mesti cepat-cepat mulakan detoksifikasi untuk melegakan tekanan itu.

4 Faktor Hubungan dengan Allah:

Hubungan dengan Allah dalam setiap amalan yang dilakukan menjana kekuatan rohani. Kehidupan akan terpandu dengan hidayah dan menghindar bisikan syaitan yang ingin memecah belahkan ikatan kasih sayang.

Seseorang yang ingin kebahagian hidup harus menyediakan masa untuk ibadah sebagai bekalan hidupnya. Bekalan kerohanian dpat memberi ketenangan pada diri dan ahli keluarga dan masyarakat.

Kerukunan rumahtangga adalah terletak kepada peranan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Sikap menyenangkan hati pasangan dan bertoleransi pada kelemahan pasangan memerlukan tenaga dalaman yang positif.


5. Tenaga Dalaman
Tenaga dalaman yang positif melahirkan karaktor yang positif.

Air muka yang berseri, hati yang tenang dan tenteram lahir dari kekuatan hubungan dengan Allah dan juga tubuh badan yang sihat.

Anda hanya perlukan rawatan apabila anda tidak mampu mengikut saranan diatas.


Apa Attitude Therapy dapat membantu anda?

Anda boleh seimbangkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan faktor pemakanan dan ketidakseimbangan hormon dengan:


*Formula detoxin from apple cyder venigar and honey.
*Aromatherapy Mascooliin for men,
*Sabun Mascooliin for men,
*Sabun Seri Wangi (unisex)
*Aromaterapy Seri Wangi(Unisex)
*Virgin oil for women,
*Honey Virgin hormonal Balance for Women.

Sunday, January 24, 2010

Benifits of Honey

1. nourishing and refreshing
2. Contains natural antibiotics
3. improves immunity
4. eject toxins, fats and cholestrole
5. lower cholesterol level
6. building up brain cells
7. reduce chance of cancer
8. enriched with protein, active minerals and active hormones
9. enhance blood flow
10.good for rheumatism, uric acid and arthritis
11.its high calcium help prevent osteoporosis
12.ease insomnia, stress and constipation
13.contain glucose and fructose and minerals like magnesium, potassium, calcium, sodium, chlorine, sulphur, iron and phosphate
14.contains vitamins B1, B2, C, B6, B5 and B3

Wednesday, January 20, 2010

INGIN MENJADI PRACTITIONER ATTITUDE THERAPY?

Diploma, Bachelor Sain, PHD in Mind and Attitude Therapy
Attitude Therapy akan menyebarkan ilmu perubatan alternative berasaskan Terapi Sikap kepada masyarakat dengan mengadakan kursus-kursus ilmiah pada tahun ini bermula dengan peringkat diploma. Kursus ini di buka kepada calon-calon yang berminat dan ingin menjadi pengamal Attitude Therapy.

Hadiri Seminar untuk maklumat lanjut!

Untuk mengetahui dengan lebih jelas satu seminar asas akan di adakan pada 27 Feb 2010 ini. Dalam seminar ini akan di berikan penerangan asas bagaimana kesihatan tubuh badan kita berkaitan dengan sikap kita yang kita amalkan dalam hidup kita seharian.

Tidak ada yang merugikan sebab apa yang kita belajar boleh dipraktik untuk kegunaan diri dan keluarga.

Ramai pengamal bermula dengan belajar untuk kegunaan sendiri tetapi akhirnya menjadi pengamal yang HEBAT!

Yang berminat sila berhubung. SMS ke
012 4009843 (Dr. Aishah)

Membentuk Anak Sejak Dari Kandungan

Anak-anak adalah amanah
Anak adalah titipan zuriat yang di amanahkan kepada kedua ibu bapa. Apabila berniat untuk mendirikan rumah tangga, bakal ibu bapa sudah bersedia untuk menggalas tugas memanjangkan zuriat. Sebaik-baik waktu untuk membentuk peribadi anak yang sihat ialah sejak dari membuat keputusan untuk memilih calon pasangan.

Ibu anak dihubung dng Tali Pusat
Apabila ibu mula mengandung terbinalah pembentukan anak dari sumber yang dibekalkan ibu kepada anak melalui saluran tali pusat. Tahap keseimbangan spiritual, emosi, mental dan fizikal ibu memberi pengaruh terhadap pembentukan anak.

Melentur buluh biar dari rebungnya, membentuk anak biar dari dalam kandungan.
Antara tips untuk mendapat anak yang sihat:

1. Air Ketuban yang bersih
Amat penting ibu menentukan air ketuban dalam rahim bersih dan berzat untuk tumbesaran foetus. Pengambilan makanan mengikut perasaan mengidam harus di kawal agar tidak menjejas pertumbuhan sel yang sihat.

2. Banyak baca Al Quran
Banyak membaca Ayat Al Quran supaya anak selalu mendengar ayat-ayat suci. Ayat-ayat suci dapat membina kekuatan rohani.

3.Contoh baik
Mengelakkan perkara sia-sia. Akhlak anak mudah dibentuk jika ibu menunjuk contoh yang baik.

4. Berkomunikasi dng anak.
Bercakap dengan anak dalam kandungan dengan perkataan yang baik seolah-olah anak mendengar nasihat dan tunjuk ajar ibu.

5. Berdoa.
Berdoa kepada Allah untuk mendapat anak yang soleh.


Attitude Therapy membantu ibu mengandung dengan menyediakan rawatan

i. Sabun dan Aromatherapy (mengandung)
ii. Sabun dan Aromatherapy Selusuh

iii.Set Ibu selepas bersalin.
iv. Sabun dan aroma oil for baby

Communication Break Down

'Communication break down ' apabila terhijab antara dua pihak. Hijab umpama satu dinding yang menjadikan saling tidak dapt memahami dan merasai perasaan satu sama lain.




Suara hati tidak dapat didengari, umpama telingan yang hilang deria dengar. Walaupun tinggal berdekatan atau serumah tetapi tidak ada komunikasi antara hati.




Beramai tetapi seolah-olah tinggal bersendirian menyelesaikan masalah sendiri. Perasaan kesunyian dan kebosanan ditengah-tengah kehidupan yang meriah.




Keberkatan itu dalam berjemaah. Dinding hijab dalam hati yang menghalang keberkatan.

Banyak hubungan yang memerlukan hubungan antara hati, suara hati dapat didengari dan melahirkan kasih sayang emosi yang membajai kehidupan yang berkat dan tubuh badan yang sihat.


Hubungan hati:


i. Suami dan isteri

ii. Ibu dan anak

iii. Ayah dan anak

iv. Anak dan Ibu

v. Anak dan ayah

vi. Abang dan adik

vii. Kakak dan adik

viii. Adik dan kakak

v

Tuesday, January 19, 2010

Makanan mengganggu Pembelajaran Anak-Anak

Ibu-ibu yang dikasihi, pembelajaran berlaku dengan deria ghaib iaitu HATI. Pembelajaran bukan dengan otak. Sering ibu-ibu mencari ubat otak untuk pandai belajar.

Pembelajaran berlaku dengan kemahuan hati yang penuh minat. Salah satu sebab mengapa anak-anak akan hilang kemahuan dan minat belajar ialah kerana perut kotor dan tak berfungsi dengan baik.

Tidak boleh kita pisahkan apa jenis makanan yang ibu-ibu beri pada anak dengan faktor gangguan pembelajaran anak-anak. Makanan yang ibu-ibu beri berkait rapat dengan masalah pembelajaran mereka.

Apabila ibu-ibu menghadapi masalah pembelajaran anak-anak cuba fikirkan semula menu anak-anak puan-puan. Banyak kesan yang positif apabila ibu-ibu kurangkan makanan-makanan yang mengganggu perut anak-anak. Pusat pembelajaran anak-anak di perut bukan di otak.

Kandungan protin tak stabil, kolestrol tepu, mineral berat, serat kasar, asid tinggi dan penahan adalah faktor terbesar anak-anak tak boleh belajar. Terlampau banyak pengambilan bahan-bahan ini melemahkan sistem pencernaan yang menyebabkan pembentukan asid dan toksin yang menghalang fungsi deria dan saraf yang berfungsi besar dalam proses otak menyimpan maklumat.

Jika ibu menumpu mendidik anak-anak sepenuh masa dirumah tetapi tidak mementingkan kualiti makanan mereka, pengorbanan puan-puan itu menghampakan puan bila anak-anak tak boleh belajar. Lemah dalam pembelajaran adalah bersama dengan pakej karektor anak yang tidak memuaskan. Jadi bukan sahaja kesan makanan pada pembelajaran tetapi juga masalah disiplin seperti malas, bertangguh, tidak ada kecintaan emosi, tak mahu dengar kata, suka beri alasan, bermuka-muka dan tak berani mengaku kesalahan.

Tidak ada masalah yang tidak ada penyelesaian. Saya amat positif jika ibu-ibu mengambil tindakan dalam penyediaan dan penentuan jenis makanan anak-anak dengan tidak sengaja anak-anak akan berubah insyaAllah.

Attitude Therapy banyak membantu masalah anak-anak yang tidak dapat belajar ini dengan memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa dalam sessi rundingan kesihatan dan menganjurkan seminar-seminar ilmu. Terdekat ini pada 27 Feb 2010, InsyaAllah.Anda dijemput.

Saturday, January 16, 2010

NT OXIDNT

Sistem pencernaan yang lemah sangat sensitive pada makanan yang tercemar. Pencemaran makanan boleh menyebabkan cirit-birit, memulas perut, sakit kepala berdenyut-denyut hingga tidak boleh buat apa kerja.

Perut sebenarnya telah di lengkapi dengan jus perut untuk nutralkan keracunan.

Punca sistem pencernaan tidak seimbang:

  • Makanan yang tinggi kolestrol tepu(spt keropok goreng)
  • Tidur lewat dan terjaga malam
  • Makanan yang telah lama di masak
  • Makanan yang tinggi asid

Psikologi:

Tabiat yang menyebabkan kelemahan sistem pencernaan ialah:

  • Selalu makan sambil berfikir masalah tanpa menghargai makanan yang dimakan
  • Makan pada waktu yang salah, contohnya makan berat waktu malam yang sepatutnya perut berehat

NT OXIDNT dicipta dari Essential oils yang mempunyai ciri anti oksidant yang tinggi:cinnamon, clove dalam olive oil.

Gunakan setitik selepas makan akan membantu melancarkan sistem pencernaan. Sangat berguna merawat keracunan dan kulit yang bermasalah.

Sinus

Sinus atau resdung adalah masalah yang merunsingkan. Ia seperti sebati dengan penghidap dan sukar disembuhkan.

Makanan laut adalah salah satu punca alahan bagi penghidap resdung, makanan laut itu tidak dapat di serap jadi zat tubuh badan, menyebabkan alahan pada bahagian muka.

Psikology:

Sinus ada kaitan dengan psikology penghidapnya. Ia berkaitan dengan cita-cita dan visi seseorang. Sukar hendak tetapkan sesuatu cita-cita atau visi, selalu berubah-ubah. Sinus juga ada kaitan dengan organ peranakan/pembiakan. Bila sinus sembuh organ pembiakan turut mantap.

Formula:

Aromatherapy Sinus di cipta untuk masalah resdung, gatal hidung, rasa merayap di muka, selsema dan kulit muka.

Aromatherapy Sinus di buat dalam dua bentuk;
i. Sinus soap
ii.aroma sinus 'roll on'.

Penggunaan setiap pagi dan petang. Cuci muka dengan Sinus soap, kemudian sapu Aroma Sinus kehidung.

Bahan-bahan yang digunakan dari Essential Oils yang khusus untuk melegakan sinus;
basil, eucalyptus, ginger, peppermint, pine dan tea tree yang digabung dengan sabun dan minyak carrier berkualiti almond sweeet, rose hip dan evening of primerose oil.

Disamping merawat resdung, minyak aroma mencantikkan texture kulit sekitar hidung.
Resdung sembuh kulit muka pula bertambah segar, gebu dan cerah.

Friday, January 15, 2010

Honey

Surah An NAhl: verses 68 and 69,

"And thy Lord inspired the bee, saying: Choose thou habitations in the hills and in the trees and in that which they thatch; Then eat of all fruits, and follow the ways of thy LORD, made smooth (for thee). There cometh forth from their bellies a drink diverse of hues, wherein is a healing for mankind. Lo! herein is indeed a portent for people who reflect."

Olive Oil

Surah An Nur - verse 35:

"Allah is the Light of the heavens and the earth. The similitude of His light is as a niche wherein is a lamp. The lamp is in a glass. The glass is as it were a shining star,(This lamp is) kindled from blessed tree, an olive neither of the East nor of the West, whose oil would almost glow forth(of itself) though no fire touched it. Light upon light, Allah guideth unto His light whom He will. And Allah setteth forth for mankind similitudes, for Allah is Knower of all things."

SISTEM immune(sistem limpa)

Organ limpa –spleen terletak dibahagian atas kiri abdomen dibawah tulang rusuk.

Organ limpa-spleen adalah sebahagian dari sistem limpa yang melawan jangkitan, ia menyingkir sel darah merah yang telah rosak dan benda asing lain keluar dari saluran darah.


Aromatherapy

Jenis-jenis Aromatherapy dalam Attitude Therapy:
  • Princess Pride
  • Aroma Seri Wangi
  • Aroma Sinus
  • Aroma Tea tree
  • Aroma Mummy(pregnant)
  • Aroma Masscoolin(for men)
  • Aroma Cellulite
  • Aroma Babby
  • Aroma Bersalin


Apakah Aroma?


Apabila kita mengupas buah-buahan, seperti buah orange, atau melawat taman bunga ros, memetik daun pokoknya, kita dapat rasai keharuman bau yang menusuk kehidung, apakah bauan itu?

Itulah minyak pati yang memberi pokok rempah dan herba bau dan rasa, bunga-bungaan dan buah-buahan dengan wangiannya.

Minyak pati akan terpercik semasa mengupas kulit limau. Apabila minyak pati terpercik ia akan meruap dan mewangikan ruang udara dengan aroma yang semerbak.

Bukan semua tumbuh-tumbuhan mengandungi minyak pati. Bunga ros dapat mengeluarkan 300 g minyak pati dari satu tan kelopak bunganya.

Serangga dan haiwan boleh tertarik atau menjauhi kepada tumbuh-tumbuhan dari bau minyak pati tumbuhan itu. Tumbuh-tumbuhan dapat bertahan dari penyakit dan serangan serangga kerana kekuatan bau minyak patinya.

Minyak aroma boleh didapati dari semua bahagian tumbuhan, bijiannya, kulit pokok, akar, daun, bunga, kayu, putik buah dan resin.

Pokok limau pahit mengeluarkan minyak limau dari kulit buahnya, petitgrain dari daun dan pucuk muda, neroli dari putik buah orange.

Pokok cengkih mengeluarkan minyak pati yang berlainan dari putik bunganya,dahan dan daun.

Pokok pine pula dari daunnya yang berbentuk jarum, kayu pokok dan resinnya.

Bermacam-macam jenis bahan beraroma boleh didapati dari sumber asli ciptaan Allah. Seni mengekstrak minyak pati berkembang sejak beribu-ribu tahun yang lampau.

Thursday, January 14, 2010

Good Health and Positive Attitudes.

There is very close relation between attitude and health. Positive and negative Attitudes cause direct influence towards health status of organs in human body systems.

It is vital to observe, learn and have knowledge about the psychology of each organ in human body system to yield good health.
For example lifestyle of a very busy officer or manager, always in stress, need to make quick decision every day, less time for personal life and calmness. His/her lifestyle has a very close effect to what kind of illnesses and complications he / she will suffer.

Example of positive attitudes as guideline to refrain diseases,
i. always calm yourselves
ii. always be patience
iii. always be sinceere
iv. always be greatful to God

These four qualities greatly help you to slow down stressfull feelings, ease up your psychology and drive diseases away.

Before you take any medication, make sure you know your tense and stress which bother your body system. A person who use to do any work routinely without these four qualities will suffer ailments in the organ involve in the routine job.

For example an intellectual person who is not greatful for his wisdom given by god, will get brain tumor! Diet and stressfull lifestyle are also part of the reasons in developing tumour.

Genito and urinary systems problems have close connection to problem of marital ties and broken love bond in couples. It is very important to strengthen and fertile personal love, emotional love and care between husband and wife to ensure healthy life.

How Aromatherapy works?