Ibu-ibu yang dikasihi, pembelajaran berlaku dengan deria ghaib iaitu HATI. Pembelajaran bukan dengan otak. Sering ibu-ibu mencari ubat otak untuk pandai belajar.
Pembelajaran berlaku dengan kemahuan hati yang penuh minat. Salah satu sebab mengapa anak-anak akan hilang kemahuan dan minat belajar ialah kerana perut kotor dan tak berfungsi dengan baik.
Tidak boleh kita pisahkan apa jenis makanan yang ibu-ibu beri pada anak dengan faktor gangguan pembelajaran anak-anak. Makanan yang ibu-ibu beri berkait rapat dengan masalah pembelajaran mereka.
Apabila ibu-ibu menghadapi masalah pembelajaran anak-anak cuba fikirkan semula menu anak-anak puan-puan. Banyak kesan yang positif apabila ibu-ibu kurangkan makanan-makanan yang mengganggu perut anak-anak. Pusat pembelajaran anak-anak di perut bukan di otak.
Kandungan protin tak stabil, kolestrol tepu, mineral berat, serat kasar, asid tinggi dan penahan adalah faktor terbesar anak-anak tak boleh belajar. Terlampau banyak pengambilan bahan-bahan ini melemahkan sistem pencernaan yang menyebabkan pembentukan asid dan toksin yang menghalang fungsi deria dan saraf yang berfungsi besar dalam proses otak menyimpan maklumat.
Jika ibu menumpu mendidik anak-anak sepenuh masa dirumah tetapi tidak mementingkan kualiti makanan mereka, pengorbanan puan-puan itu menghampakan puan bila anak-anak tak boleh belajar. Lemah dalam pembelajaran adalah bersama dengan pakej karektor anak yang tidak memuaskan. Jadi bukan sahaja kesan makanan pada pembelajaran tetapi juga masalah disiplin seperti malas, bertangguh, tidak ada kecintaan emosi, tak mahu dengar kata, suka beri alasan, bermuka-muka dan tak berani mengaku kesalahan.
Tidak ada masalah yang tidak ada penyelesaian. Saya amat positif jika ibu-ibu mengambil tindakan dalam penyediaan dan penentuan jenis makanan anak-anak dengan tidak sengaja anak-anak akan berubah insyaAllah.
Attitude Therapy banyak membantu masalah anak-anak yang tidak dapat belajar ini dengan memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa dalam sessi rundingan kesihatan dan menganjurkan seminar-seminar ilmu. Terdekat ini pada 27 Feb 2010, InsyaAllah.Anda dijemput.
No comments:
Post a Comment