If there is a chance of getting young and healthy again, would you hesitate?

There are only natural things,
no synthetics,
no chemicals,
you deserves the best...
to get back your health, beauty and prosperity in life.

I only go natural...

91,jln raja musa mahadi,tmn hillview,, Ipoh,Perak, Malaysia
Showing posts with label Positive attitude. Show all posts
Showing posts with label Positive attitude. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Attitute terhadap Makanan

Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.

Hidup yang aktif lahir dari aktifnya rohani, pemikiran, perasaan dan fizikal. Keaktifan adalah pertukaran tenaga dari bentuk idea dan impian kepada merealisasikan menjadi nyata. Sumber-sumber tenaga bukan hanya dalam bentuk makanan tetapi dalam berbagai bentuk yang lain seperti perangsang, dorongan, semangat, niat dan keazaman.

Sebenarnya semakin seseorang berlapar lagi kuat daya imaginasi dan fokus untuk melaksanakan sesuatu tugasan hingga tercapai kejayaan.

Makanan dan minuman hanyalah sebagai penyambung kehidupan yang dapat memastikan kita terus aktif. Puasa juga menjadikan seseorang itu bertaqwa dan membina jati diri yang kuat. Tubuh badan akan mempunyai daya yang berlebihan untuk melakukan sesuatu kerja apabila dilatih dengan berpuasa.

Makanan dan minuman tidak boleh dijadikan amalan penglipur lara. Organ tubuh hendaklah menjalankan tugas-tugas seperti pencernaan dan penyerapan zat sesuai dengan keperluan tubuh. Organ tubuh yang berfungsi tanpa ditentukan had dan kadar yang munasabah akan mencelarukan dan menggagalkan sistem tubuh keseluruhannya.

Makanan yang diproses dengan bahan penahan dan perasa yang berlebihan membahayakan kesihatan. Kandungan bahan tambahan ini menyebabkan sistem tubuh diancam oleh racun dan bakteria yang menyebabkan penyakit.

Pilihlah makanana yang baik cara penyediaannya, bersih, segar dan sentiasa iringi makanan dan minuman dengan doa supaya keberkatan makanan menyihatkan tubuh badan.

Saturday, June 19, 2010

Attitude terhadap Ubat

Apabila seseorang itu merasakan dirinya sakit ia mencari ubat untuk menyembuhkan penyakitnya. Berbagai ikhtiar di ambil untuk menemukan ubat tersebut melalui pencarian bertanya orang, membaca atau mencari dalam internet. Setelah yakin dengan maklumat-maklumat tentang sesuatu ubat, maka usaha di jalankan untuk mendapatkan ubat dan rawatan. Apabila ubat yang dicari ditemui dan rawatan pun dimulakan. Kesan dari rawatan terbukti penyakit dapat dirawat dengan mujarab sekali. Ubat itu dipercayai dapat memberi kelegaan dan menyembuhkan penyakitnya.

Dari pengalaman yang diceritakan diatas, ramai pesakit tanpa disedari bersandar pada ubat itu menyembuhkan penyakit.

Attitude Therapy membuat pendekatan yang akan membetulkan kesalahanggapan ini. Attitude Therapy menjalankan tanggungjawab untuk menjelaskan bahawa kuasa penyembuh penyakit bukan terletak pada ubat tetapi pada keizinan Allah swt. Kita diwajibkan berikhtiar mencari penawar pada penyakit dan ikhtiar itu diberi pahala, tetapi yang menyembuhkan adalah Allah swt. Kepada Allah swt lah mesti kita bersandar.

Setelah sembuh dari penyakit pesakit akan sehat rohani, mental, emosi dan fizikal.

Sebaliknya, jika sesuatu ubat tidak memberi apa-apa kesan penyembuhan, pesakit akan kecewa dan mencari keburukan pada ubat dan beranggapan tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit. Allah swt menguji seseorang dengan penyakit adalah kerana Allah swt menyayangi hambaNya dan apabila diuji dapatkah hambaNya mengingatiNya atau memang hambanya lupa padaNya? Alangkah sayangnya Allah swt kepada hambaNYa bila diuji dengan penyakit dan kesusahan hambaNya tetap mengingatiNya. Walaunpun penyakit masih belum sembuh tetapi hambaNya tetap bersabar.

Thursday, June 10, 2010

Attitude yang melapangkan hati

1. Yang melapangkan dada: Mengikuti petunjuk dalam kehidupan,
memurnikan tauhid kepada Allah swt dan mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah swt sahaja.
Yang menyempitkan dada: kufur, kesesatan dan syirik pada Allah swt.

2. Beriman dengan cahaya iman yang benar, tulin dan sejati. Cahaya ini dimasukkan oleh Allah swt kedalam hati hamba Nya. Amal kebaikan yang dilakukan seseorang juga akan memasukkan cahaya keimanan yang benar kedalam hati dan melapangkannya. Haqiqat engkar akan memadamkan cahaya hati, menggelapkan kehidupan.

3. Mencari ilmu syar'i yang bermanfaat. Setiap kali seseorang mendapat pertambahan ilmu maka ia akan merasakan kelapangan hatinya bertambah. Ilmu yang tidak bermanfaat walaupun sukar untuk mempelajarinya akan menyempitkan hati.

4. Bertaubat dan kembalikan ketaatan kepada Allah swt Yang Maha Suci, mencintaiNya dengan sepenuh hati, menghadap Nya dan menikmati ibadah kepadaNya akan melapangkan hati yang sempit. Hati ini boleh berkembang seluas-luasnya dengan cinta Allah swt, dan akan sempit sesempit sempitnya jika diisi dengan cinta yang palsu.

Wednesday, June 9, 2010

Attitude anda Tanggungjawab anda

Anda ingin tahu samada anda bertanggungjawab dalam kehidupan anda?

Attitude anda boleh disukat pada berapa banyak tanggungjawab yang anda pikul. Semakin baik attitude anda semakin banyak yang anda akan buat untuk membawa kebaikan pada alam ini dan dalam masa yang singkat. Anda akan dapat nikmat masa, dimana dalam masa yang sedikit ada keberkatan. Attitude yang betul dapat menjadikan masa yang sedikit dapat hasil kerja dan impak kerja yang hebat.
Apa persediaan yang anda perlukan ialah ruang hati yang ikhlas, kemudiannya masa anda akan diisi dengan keberkatan.
Tanggungjawab yang dilaksanakan penuh ikhlas dapat membuahkan kehidupan yang berkat. Manusia mendoakan dan alam merestui langkah kaki anda.

Attitude yang salah menyebabkan seseorang mengabaikan tanggungjawab, dan ia akan memulakan kesusahan pada apa yang anda ingin lakukan. Setiap apa yang ingin dibuat memberikan rasa susah, rasa berat. Jiwa manusia ingin kelapangan baru dia dapat melangkah kaki. Jiwa susah, jiwa berat menghalang kelancaran pergerakan. Akhirnya manusia buat kesilapan demi kesilapan kerana kekelabuan fikiran.

Dalam kes begini Attitude therapy mengembalikan kesegaran pineal gland dan sistem saraf dengan aromatherapy, minyak zaiton syifa dan madu. Pemakaiannya akan diberi bimbingan secara teratur dan teliti jika anda berminat untuk merawat dengan kami.


Attitude Manusia sesama Manusia

Attitude yang betul sesama manusia amat penting dalam menjaga kesejahteraan sesama manusia. Hidup yang tidak mempertimbangkan kesejahteraan orang yang berkaitan dengan kita akan menjadikan hidup sangat muram dan tertekan. Orang yang bertaqwa, pengasih, luas pemikiran dan bersifat adil dapat menjadikan dirinya pengurus alam ini. Masyarakatnya hidup tenteram dan terbela dan rasa selamat. Allah jadikan dunia sebagai jambatan hidup yang dapat dijadikan bekalan akhirat, apa yang diperbuat sepatutnya meraih janji balasan dari Allah untuk bekalan akhirat. Attitude negative melahirkan sesuatu tindakan yang dibuat untuk memenuhi keselesaan peribadi sahaja dan tentu sekali akan memberi kesan negatif pada orang yang berkaitan dengan kita. Apabila kita membuat sesuatu tindakan mengikut contoh-contoh tauladan yang ditunjukkan oleh Nabi kita saw. maka tidak akan berlaku ketidakadilan dalam tindakan kita. Kerana tiap perbuatan dan diam Nabi saw semuanya memberi rahmat kepada sekelian alam. Semua tindakan atas dasar iman kepada Allah swt bukan atas dasar nafsu.

Tidak dapat mengikut sunnah Nabi saw. dalam kehidupan menjauhkan manusia dari rahmat. Attitude negatif yang tidak membawa rahmat datang dari rohani yang rosak, hubungan dengan Allah dalam jurang yang menjauh, hati tidak dapat di jadikan ruang untuk rahmat Allah melimpah.

Ramai yang tidak sedar dalam genggamannya telah diserahkan amanah oleh Allah swt untuk di tadbirurus dengan bijak. Disitulah kehebatan seseorang tertegak apabila dapat menjaganya dengan baik. Tadbirurus dengan corak dan sibghah Allah, bukan dengan hawa nafsu. Kejayaan dalam mentadbiurus dengan baik akan meningkatkan seseorang ke tahap yang lebih tinggi seolah-olah Allah redha seorang khalifahNya menjalankan tugas seperti yang dikehendakiNya.

"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah apa yang ada dalam jiwanya." Jiwa yang berattitude positif akan dapat berkat pertolongan Allah swt. Kerana hidup ini bukan kita yang mengaturnya tetapi ia diatur oleh yang Maha Mengatur.

Merubah Attitude

Untuk merubah attitude yang salah kepada attitude yang baik memerlukan tenaga rohani, emosi, mental dan fizikal. Attitude therapy sentiasa peka kepada masalah yang dialamai oleh manusias dalam melayari kehidupannya hingga tercapai satu titik keseimbanagan dalam keempat-empat fakulti insan ini.
Setiap attitude yang salah datang dari kelemahan organ yang bertanggungjawab pada sistem tubuh yang mengawal fungsi attitude itu. Contohnya kekecewaan datang dari ketidakupayaan jantung berfungsi. Sistem tubuh yang terlibat ialah sistem aliran darah. Emossi percintaan adalah dikawal oleh sistem pernafasan, paru-paru. Apabila attitude seseorang kearah negative, dia tidak lagi dapat menyeimbangkan peranan fungsi-fungsi sistem tubuh itu. Untuk membetulkan attitude negative itu amat-amat memerlukan tenaga yang serupa yang diperlukan oleh sistem tubuh itu barulah dapat menghasilkan keseimbangan semula.
Melalui sistem diagnos dan penyediaan tenaga dalam medium aromatherapy, minyak zaiton dan madu di padukan dengan doa syifa dan pancaran tenaga rohani, Attitude Therapy dapat membantu memulihkan sebarang masalah dan penyakit yang sukar untuk diubati.

Attitude Anak

Attitude Therapy Professional Practitioner: Attitude Anak
Anak adalah zuriat dan duplicate kepada ibu dan bapanya. Pada anak lah terlihat rahsia attitude seorang bapa atau seorang ibu. Ramai menyangka faktur persekitaran dan zaman yang merubah anak menjadi seperti apa yang tidak di mau oleh ibu bapa. Dalam mencari punca-punca masalah dikalangan anak-anak remaja, attitude ibu bapa boleh dicerminkan pada anak-anak mereka. Corak ini menceritakan segala-galanya, cuma kita perlu merenung sahaja. Ibu bapa yang spiritual menghasilkan kekuatan spiritualnya melalui bimbingan yang tersusun mantap pada anak-anak yang dilahirkan. Ibu bapa yang bermasalah juga menghasilkan kehidupan bermasalah pada anak-anak mereka. Dua fenomena yang berpakej. Pepatah orang tua :"dimana tumpahnya kuah jika tidak kenasi" adalah tepat menggambarkan kaitan ibu bapa dan anak-anak.
Membetulkan attitude anak adalah tugas melawan arus. Apa yang lebih berkesan ialah membetulkan attitude ibu bapa dapat membetulkan attitude anak-anak.
Jika anda seorang iibu atau seorang bapa, betulkan attitude anda secara perlahan-lahan dengan penuh azam . Buatlah perubahan yang anda mampu buat tanpa paksaan pada diri anda. Dengan kesedaran adalah lebih baik, dan akhirnya anda dapat memrubah anak-anak anda kepada attitude yang lebih baik.

Attitude Suami Isteri

Yahoo! Mail (aishah_arridza)
Attitude seorang isteri.
Allah swt menjadikan isteri sebagai pasangan kepada suami, daripadanya seorang suami dapat sokongan dan bantuan dalam semua hal yang berkaitan pengurusan rumahtangga. Isteri menjalankan tugasnya menyelesaikan banyak keperluan dan kewajipan ibu bapa kepada institusi rumahtangga itu.
Namun sesorang isteri perlu di beri layanan dan perlindungan yang sewajarnya dari pihak suami. Ibarat menanam pokok, baja dan siraman air setiap hari akan menentukan kesuburan pokok yang ditanam menjadi dan mengeluarkan hasil. Suami adalah petani dan isteri tempat ia bercucuk tanam.
Attitide isteri pada landasan keadilan yang yang diberi padanya. Seorang petani yang mengabaikan kesejahteraan tanamannya akan menuai kehampaan kerana hasil pertanian adalah apa yang di curahkan. Isteri dengan sendirinya hilang commitment jika suami hilang minat pada tugas rutinnya membelai pertumbuhan pokok. Tanah ladangnya seakan tahu banyak mana ia diberikan harapan.
Apabila attitude suami berubah dengan sendiri nya attitude isteri berubah. Isteri penolong setia yang sanggup berkorban. Suami yang tidak bersyukur dengan isterinya akan hilang penyokong rapat dirinya. Suami terpaksa membina kekuatan luaran yang dapat membina jati dirinya, yang mana kekuatan itu tak mungkin diperolehi dengan keberkatan dan kemudahan, melainkan penuh dengan tipu daya yang mengelirukan.

Wednesday, February 3, 2010

Peranan Ibu

Tanggungjawab ibu

1.Mengapa didikan ibu penting?

Wanita adalah elemen terpenting dalam hidup sesebuah bangsa kerana wanita adalah institusi pertama yang membentuk generasi muda.
Nasib sesebuah bangsa dan hala tuju ummah bergantung kepada sejauhmana didikan yang diterima oleh seseorang anak dari ibunya.
Wanita juga merupakan factor utama yang mempengaruhi kehidupan pemuda dan lelaki.

2. Adakah ibu bersedia?
Islam tidak pernah mengabaikan aspek ini malah Islam telah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya dan sedalam-dalamnya kepentingan peranan dan tanggungjawab wanita sebagai pendidik. Namun yang penting bukanlah untuk kita tahu pandangan Islam mengenai wanita dan lelaki atau hubungan dan tanggungjawab kedua-duanya.
Perkara tanggungjawab ini telah dimaklumi oleh semua. Apa yang penting kita perlu bertanya kepada diri kita apakah kita bersedia untuk patuh dan akur pada hukum Allah?

Pesanan Rasulullah saw untuk kita didalam sebuah hadith:

“Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu memohon hendaklah kamu memohon pertolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah Ta’ala telah tentukan keatas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas(telah ditentukan semuanya)”.

3. Jangan ikut nafsu!

Hakikat sekarang ini masyarakat di Negara ini dan lain-lain Negara didunia ini sedang dilanda budaya suka meniru gaya hidup eropah , bukan sekadar meniru tetapi mengenepikan landasan perundangan Islam yang bercanggah dengan kehendak nafsu mereka. Apa yang penting kita mesti bersedia menerima perintah Allah dalam masalah kehidupan kita.

4. Pahala atau Azab?

Al Quran dalam surah AN Nahl 16: ayat 78
“Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu-ibu kamu, (dalam keadaan) kamu tidak mengetahui sesuatu apa pun. Lalu Ia telah jadikan untuk kamu pendengaran, penglihatan dam akal fikiran, supaya kamu merasa syukur (diatas ni’mat-ni’mat tersebut)”.

Islam berpandangan akhlak wanita Islam wajib dibentuk. Sejak lahir mereka perlu dididik supaya memiliki sopan santun dan budi pekerti yang tinggi. Islam menggalakkan ibu bapa atau penjaga seseorang wanita supaya mengambil berat soal mendidik wanita. Allah menjanjikan mereka pahala yang besar dan mengingatkan mereka dengan azab yang berat jika mereka cuai.

5. Anak-anak bukan milik mutlak!

Al Quran: Surah At Tahrim :6
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu{berhala}: neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanan); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Hadith Riwayat AL Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar:
“Kamu semua adalah penjaga dan kamu akan ditanya tentang jagaannya. Imam (pemerintah) adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya. Lelaki adalah penjaga keluarganya dan dia akan ditanya tentang jagaannya. Wanita adalah penjaga dirumah suaminya dan dia akan ditanya tentang jagaannya. Setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya.”

Hadith Riwayat Al Tirmizi daripada Abu Sa’id al Khudri r.a:
“Setiap lelaki yang mempunyai dua orang anak perempuan, lalu dia mendidik mereka dengan baik sepanjang mereka bersamanya atau dia bersama mereka, nescaya kerana anak-anak perempuan ini dia akan dimasukkan kedalam syurga.

Hadith ini diriwayat Al Tirmizi dan Abu Daud.
Dalam riwayat Abu Daud disebut:
“Lalu dia mendidik mereka dengan adab sopan dan mengahwinkan mereka serta berbuat baik kepada mereka, dia akan beroleh syurga.”

Antara didikan yang baik ialah mengajar mereka apa yang perlu supaya mereka mampu melaksanakan peranan mereka. Contohnya membaca, menulis, mengira, mempelajari agama sejarah ( sejarah generasi yang baik dizaman silam: lelaki dan perempuan), cara mengurus rumah, aspek kesihatan, asas-asas pendidikan dan penjagaan kanak-kanak. Termasuk juga segala pengetahuan yang diperlukan oleh seorang ibu untuk mengurus rumahtangga dan mendidik anak-anaknya.

6. Jangan malu bertanya untuk belajar!

Hadith riwayat Al Bukhari:
“Wanita paling baik adalah wanita Ansar, perasaan malu tidak menghalang merreka mempelajari agama ini.”

Ramai dikalangan wanita generasi silam mempunyai ilmu, adab dan kefahaman ang luas mengenai ilmu Allah Ta’ala. Lebih baik wanita menumpukan masa kepada perkara yang berfaedah dan bermanfaat sesuai dengan tugas dan peranan mereka yang Allah tentukan iaitu menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak.

7. Apa Attitude Therapy dapat membantu anda?

  • Formula JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek yang ditenagakan dengan frequency 30 Juzuk Al Quran, Frekuensi buah-buahan, Frekuensi sayur-sayuran, Frekuensi Positive Attitudes.
  • Banyak testimoni menunjukkan pemulihan daripada berbagai jenis masalah hiperaktif, tidak ceria, gangguan pembesaran, berbagai masalah pembelajaran kanak-kanak, pelajar dan dewasa.
  • Sebotol mengandungi 180 pill untuk pengambilan sebulan.

Thursday, January 14, 2010

Good Health and Positive Attitudes.

There is very close relation between attitude and health. Positive and negative Attitudes cause direct influence towards health status of organs in human body systems.

It is vital to observe, learn and have knowledge about the psychology of each organ in human body system to yield good health.
For example lifestyle of a very busy officer or manager, always in stress, need to make quick decision every day, less time for personal life and calmness. His/her lifestyle has a very close effect to what kind of illnesses and complications he / she will suffer.

Example of positive attitudes as guideline to refrain diseases,
i. always calm yourselves
ii. always be patience
iii. always be sinceere
iv. always be greatful to God

These four qualities greatly help you to slow down stressfull feelings, ease up your psychology and drive diseases away.

Before you take any medication, make sure you know your tense and stress which bother your body system. A person who use to do any work routinely without these four qualities will suffer ailments in the organ involve in the routine job.

For example an intellectual person who is not greatful for his wisdom given by god, will get brain tumor! Diet and stressfull lifestyle are also part of the reasons in developing tumour.

Genito and urinary systems problems have close connection to problem of marital ties and broken love bond in couples. It is very important to strengthen and fertile personal love, emotional love and care between husband and wife to ensure healthy life.

Sunday, October 26, 2008

Health and character

  1. Know yourself, your character, your personality relating your health problem.

  2. Many many patients are confused and in conflict relationship while suffering health problems. Many have inferiority complex, difficult to control anger and uncomfortable in presence of people. Feeling bored and could not enjoy life.
  3. Many did not realize the relation of their weaknesses with their health status and wellness.
    Poor diet and proper self care in healthy living might be the cause prior to their health condition degenerating. It leads to conflict in character and personality which affect the whole performance in relationships and career.
  4. At this junction of three complications, poor health, inferior or superior complex in personality and negative characters how one can find the solution and route way to recovering wellness?
  5. In my experience, i believe in solving all health problems by tracing the root cause of the subject, no matter how worst the symptoms could the patient reveille or could be observed literally, there one silent cause to the disease, that i will explore during consultation moments with my patients.
  6. There are four levels of personality depending on major blood circulating areas or active zones, the head zone, chest zone, stomach zone and structure zone.
    • the head zone is the spiritual personality
    • the chest zone is the emotional personality
    • the stomach zone is the mental personality
    • the structure zone is the physical personality

Each personality has two different qualities, positives and negatives depending on health status. Healthy person bears positive qualities and sick person will spurs negative qualities.

  1. Spiritual;
    Positive Characters

    Brain senses very sensitive
    Wisdom, intelligence
    Reading situations abilities
    Self confidence
    Honest
    Pride
    Leadership
    Hints
    Discipline
    Focus
    Feeling fortunate
    Con troll
    Inner power
    Immunity

  • Negative characters:

    Ego, stubborn
    Giving up
    Depressed
    Worries
    Hyperactive
    Easily influenced
    Fright
    Boasting
    Materialistic
    Giving orders
    erratically
    proud
    misfortune
    lose ground
    no ambition


Sunday, June 22, 2008

My first patient

I never planned or even ever imagined that my mother was my first patient, she was warded for pneumonia, that time I was very ammature in Colour Vibration Therapy. I was informed that my mother was warded and I brought the formulae my sister introduced me for my mother. When I noticed good respond in her I bought more formula from one chinese lady practitioner. To my surprise my mother was discharged very soon after consuming the formulae. My mother returned home from the hospital and continued taking the formulae. Upon discharged earlier than expectated time, many patients in the same ward were very curious how my mother could suddenly became ok, whereas they saw my mother struggling to breath for days and nights in the ward. She was most of the time on oxigen.

One lady came to visit a relative in the same ward asked me if I could help her paralised daughter who had been on wheelchair for some five years. That time I was not at all reluctant to visit her daughter to see if I could give something to ease her problems. I tried my very best although I had no experience ever to do treatment, cos I was a teacher that time. It was from that point gradually more and more people come to me for treatment and I started my adventure in the alternative medicine of colour vibration therapy.

Actually, it was not something easy to get involved with sick people and trying to cure them and got well again. It was not easy matters to meet their expectations. I dealt with every cases with a clear mind and heart and most cases showed tremendous healing process with this miraculous alternative medicational concept which I yet had to learn more.

Without a clear intention and purity in heart one could not proceed in this field and get the art of treatment with healing power.

Before that I had my own bitter experience to find remedy in any sense I supposed to save my hubby's life. I tried to find remedy but could not get to know how or where was the pathways for his recovery either by modern medicine or alternative medicine, maybe due to ignorance or fated not to get the solutions.

But god showed me the knowledge and I came to know and understand many things related to health and human body as explained clearly in colour vibration therapy. Only after he passed away. I really appreciated very much what I founded in Colour Vibration Therapy, its a gift from Above, I will devote my life to give substantial and essential service to those who need my service, as i understand how was it if you are blurred about your health condition. There are so many kind of sicknesses and diseases, only the bearer will understand how is it like suffering if nothing seems to be likely curing and relieving.

But there are many who just could not accept me to be a healer person, me not undergoing medicine knowledge background from any university, suddenly become one. It is a challange, afterall I only do good deeds, good intentions, purity in feelings of global humanity and sincerity.

Friday, December 28, 2007

Calm, Patience, Sincere, Acceptance.

The secret of internal vibrations in patients are calm, patience, sincerity and acceptance. When patients really accept illnesses as something to be experienced, feeling that sickness is a gift from above, thankful to Him, ignoring the paint and avoid giving attention to paints, it will transform toxins into useful elements to healing process.