If there is a chance of getting young and healthy again, would you hesitate?

There are only natural things,
no synthetics,
no chemicals,
you deserves the best...
to get back your health, beauty and prosperity in life.

I only go natural...

91,jln raja musa mahadi,tmn hillview,, Ipoh,Perak, Malaysia
Showing posts with label Cuba Rawat Sendiri. Show all posts
Showing posts with label Cuba Rawat Sendiri. Show all posts

Tuesday, January 26, 2010

Kemantapan Rohani Menjamin Kesihatan

Wawancara Radio
"Statistik Perceraian dikalangan pasangan Muslim diMalaysia adalah tinggi berbanding pasangan bukan Islam. 23,000 bercerai pada tahun 2008. Faktor2 yang membawa pada membuat keputusan untuk bercerai ialah:

i.Kelemahan tadbirurus keluarga,

ii.tidak dapat mengawal perasaan panas baran,

iii.kurang kesabaran,

iv.cemburu buta,

v.tidak bertanggung jawab

vi.dan tahap pendidikan.

Kebanyakan permohonan di mulakan dari pihak isteri, 80% lafaz talak di buat didalam mahkamah.

Kesemua negeri perceraian dimulakan pihak perempuan.

Ini adalah kesan apabila wanita membuat keputusan, apabila mereka telah di beri kelonggaran memohon perceraian.
Kesan kepada anak membimbangkan bagi pasangan yang ada anak.

Hubungan antara suami isteri dulu adalah "abang dan adik", masih wujud rasa kasih sayang dan hormat tetapi sekarang suami isteri lebih pada hubungan yang "setara", jadi pasangan merasakan masing-masing berhak. "

Diatas adalah sedikit catatan yang saya petik dari topik yang dibincangkan dalam sebuah setesen radio baru-baru ini.

Sudut Pandang Attitude Therapy

Apa yang menarik untuk dianalisa dari isu yang dibincangkan dalam setesen radio itu ialah tentang Sikap/Attitude pasangan yang berumah tangga dari sudut rawatan Attitude Therapy.

Saya memandang dari beberapa faktor atau sudut pandang:

1. Faktor makanan

Makanan memang ada peranan dalam membentuk karaktor atau sikap. Ini adalah bidang kajian saya. Mungkin kita boleh berkongsikan kajian ini bersama untuk ambil manafaat.

Makanan yang mengandungi protin tidak stabil (seperti produk soya, kobis, togeh), kesterol tepu (seperti sotong, udang), mineral berat (seperti isi dalaman haiwan, kepala ikan) akan mengganggu kesetabilan hormon.
Gangguan hormon pada lelaki atau wanita akan menyebabkan emosi yang tidak stabil seperti panas baran dan murung.

Keupayaan mengawal emosi dapat ditingkatkan jika pasangan suami isteri menjaga makanan yang menyebabkan gangguan hormon.

Dikalangan ahli keluarga juga masalah ini menyebabkan mereka tidak dapat berpakat. Anak-anak akan bergaduh wlaupun dalam hal yang sangat kecil.

2. Memahami psikologi organ:

Sistem pencernaan yang terbeban dengan makanan yang tinggi protin hingga terlebih had boleh menjejas fungsi pencernaan dan gagal menguraikan makanan menjadi zat yang menyihatkan. Kelemahan sistem pencernaan menyebabkan pembentukan toksin. Dalam Attitude Therapy psikologi organ pencernaan terutama pancreas ialah perihatin pada perkara luar atau sifat cemburu, dengki, hasad.

Tidak ramai yang menyedari sifat cemburu adalah sukar dikawal apabila seseorang banyak makan makanan berprotin tinggi. Tidak sangka menjamu selera akan menjadikan seseorang itu kuat cemburu. Apabila kegemaran makanan laut contohnya tidak dapat di kawal seseorang itu kerap mengalami tekanan perasaan cemburu.

3. Detoksifikasi

Toksin yang terbentuk dari kelemahan sistem pencernaan akan mengganggu sistem aliran darah. Sistem aliran darah yang lemah menyebabkan kelemahan semua fungsi organ dalam badan. Seseorang akan cepat tertekan dan tension bila sistem tubuh tidak seimbang. Jika ini berlaku seseorang itu mesti cepat-cepat mulakan detoksifikasi untuk melegakan tekanan itu.

4 Faktor Hubungan dengan Allah:

Hubungan dengan Allah dalam setiap amalan yang dilakukan menjana kekuatan rohani. Kehidupan akan terpandu dengan hidayah dan menghindar bisikan syaitan yang ingin memecah belahkan ikatan kasih sayang.

Seseorang yang ingin kebahagian hidup harus menyediakan masa untuk ibadah sebagai bekalan hidupnya. Bekalan kerohanian dpat memberi ketenangan pada diri dan ahli keluarga dan masyarakat.

Kerukunan rumahtangga adalah terletak kepada peranan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Sikap menyenangkan hati pasangan dan bertoleransi pada kelemahan pasangan memerlukan tenaga dalaman yang positif.


5. Tenaga Dalaman
Tenaga dalaman yang positif melahirkan karaktor yang positif.

Air muka yang berseri, hati yang tenang dan tenteram lahir dari kekuatan hubungan dengan Allah dan juga tubuh badan yang sihat.

Anda hanya perlukan rawatan apabila anda tidak mampu mengikut saranan diatas.


Apa Attitude Therapy dapat membantu anda?

Anda boleh seimbangkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan faktor pemakanan dan ketidakseimbangan hormon dengan:


*Formula detoxin from apple cyder venigar and honey.
*Aromatherapy Mascooliin for men,
*Sabun Mascooliin for men,
*Sabun Seri Wangi (unisex)
*Aromaterapy Seri Wangi(Unisex)
*Virgin oil for women,
*Honey Virgin hormonal Balance for Women.

Wednesday, January 20, 2010

Membentuk Anak Sejak Dari Kandungan

Anak-anak adalah amanah
Anak adalah titipan zuriat yang di amanahkan kepada kedua ibu bapa. Apabila berniat untuk mendirikan rumah tangga, bakal ibu bapa sudah bersedia untuk menggalas tugas memanjangkan zuriat. Sebaik-baik waktu untuk membentuk peribadi anak yang sihat ialah sejak dari membuat keputusan untuk memilih calon pasangan.

Ibu anak dihubung dng Tali Pusat
Apabila ibu mula mengandung terbinalah pembentukan anak dari sumber yang dibekalkan ibu kepada anak melalui saluran tali pusat. Tahap keseimbangan spiritual, emosi, mental dan fizikal ibu memberi pengaruh terhadap pembentukan anak.

Melentur buluh biar dari rebungnya, membentuk anak biar dari dalam kandungan.
Antara tips untuk mendapat anak yang sihat:

1. Air Ketuban yang bersih
Amat penting ibu menentukan air ketuban dalam rahim bersih dan berzat untuk tumbesaran foetus. Pengambilan makanan mengikut perasaan mengidam harus di kawal agar tidak menjejas pertumbuhan sel yang sihat.

2. Banyak baca Al Quran
Banyak membaca Ayat Al Quran supaya anak selalu mendengar ayat-ayat suci. Ayat-ayat suci dapat membina kekuatan rohani.

3.Contoh baik
Mengelakkan perkara sia-sia. Akhlak anak mudah dibentuk jika ibu menunjuk contoh yang baik.

4. Berkomunikasi dng anak.
Bercakap dengan anak dalam kandungan dengan perkataan yang baik seolah-olah anak mendengar nasihat dan tunjuk ajar ibu.

5. Berdoa.
Berdoa kepada Allah untuk mendapat anak yang soleh.


Attitude Therapy membantu ibu mengandung dengan menyediakan rawatan

i. Sabun dan Aromatherapy (mengandung)
ii. Sabun dan Aromatherapy Selusuh

iii.Set Ibu selepas bersalin.
iv. Sabun dan aroma oil for baby

Communication Break Down

'Communication break down ' apabila terhijab antara dua pihak. Hijab umpama satu dinding yang menjadikan saling tidak dapt memahami dan merasai perasaan satu sama lain.




Suara hati tidak dapat didengari, umpama telingan yang hilang deria dengar. Walaupun tinggal berdekatan atau serumah tetapi tidak ada komunikasi antara hati.




Beramai tetapi seolah-olah tinggal bersendirian menyelesaikan masalah sendiri. Perasaan kesunyian dan kebosanan ditengah-tengah kehidupan yang meriah.




Keberkatan itu dalam berjemaah. Dinding hijab dalam hati yang menghalang keberkatan.

Banyak hubungan yang memerlukan hubungan antara hati, suara hati dapat didengari dan melahirkan kasih sayang emosi yang membajai kehidupan yang berkat dan tubuh badan yang sihat.


Hubungan hati:


i. Suami dan isteri

ii. Ibu dan anak

iii. Ayah dan anak

iv. Anak dan Ibu

v. Anak dan ayah

vi. Abang dan adik

vii. Kakak dan adik

viii. Adik dan kakak

v

Tuesday, January 19, 2010

Makanan mengganggu Pembelajaran Anak-Anak

Ibu-ibu yang dikasihi, pembelajaran berlaku dengan deria ghaib iaitu HATI. Pembelajaran bukan dengan otak. Sering ibu-ibu mencari ubat otak untuk pandai belajar.

Pembelajaran berlaku dengan kemahuan hati yang penuh minat. Salah satu sebab mengapa anak-anak akan hilang kemahuan dan minat belajar ialah kerana perut kotor dan tak berfungsi dengan baik.

Tidak boleh kita pisahkan apa jenis makanan yang ibu-ibu beri pada anak dengan faktor gangguan pembelajaran anak-anak. Makanan yang ibu-ibu beri berkait rapat dengan masalah pembelajaran mereka.

Apabila ibu-ibu menghadapi masalah pembelajaran anak-anak cuba fikirkan semula menu anak-anak puan-puan. Banyak kesan yang positif apabila ibu-ibu kurangkan makanan-makanan yang mengganggu perut anak-anak. Pusat pembelajaran anak-anak di perut bukan di otak.

Kandungan protin tak stabil, kolestrol tepu, mineral berat, serat kasar, asid tinggi dan penahan adalah faktor terbesar anak-anak tak boleh belajar. Terlampau banyak pengambilan bahan-bahan ini melemahkan sistem pencernaan yang menyebabkan pembentukan asid dan toksin yang menghalang fungsi deria dan saraf yang berfungsi besar dalam proses otak menyimpan maklumat.

Jika ibu menumpu mendidik anak-anak sepenuh masa dirumah tetapi tidak mementingkan kualiti makanan mereka, pengorbanan puan-puan itu menghampakan puan bila anak-anak tak boleh belajar. Lemah dalam pembelajaran adalah bersama dengan pakej karektor anak yang tidak memuaskan. Jadi bukan sahaja kesan makanan pada pembelajaran tetapi juga masalah disiplin seperti malas, bertangguh, tidak ada kecintaan emosi, tak mahu dengar kata, suka beri alasan, bermuka-muka dan tak berani mengaku kesalahan.

Tidak ada masalah yang tidak ada penyelesaian. Saya amat positif jika ibu-ibu mengambil tindakan dalam penyediaan dan penentuan jenis makanan anak-anak dengan tidak sengaja anak-anak akan berubah insyaAllah.

Attitude Therapy banyak membantu masalah anak-anak yang tidak dapat belajar ini dengan memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa dalam sessi rundingan kesihatan dan menganjurkan seminar-seminar ilmu. Terdekat ini pada 27 Feb 2010, InsyaAllah.Anda dijemput.