If there is a chance of getting young and healthy again, would you hesitate?

There are only natural things,
no synthetics,
no chemicals,
you deserves the best...
to get back your health, beauty and prosperity in life.

I only go natural...

91,jln raja musa mahadi,tmn hillview,, Ipoh,Perak, Malaysia

Wednesday, February 3, 2010

Peranan Ibu

Tanggungjawab ibu

1.Mengapa didikan ibu penting?

Wanita adalah elemen terpenting dalam hidup sesebuah bangsa kerana wanita adalah institusi pertama yang membentuk generasi muda.
Nasib sesebuah bangsa dan hala tuju ummah bergantung kepada sejauhmana didikan yang diterima oleh seseorang anak dari ibunya.
Wanita juga merupakan factor utama yang mempengaruhi kehidupan pemuda dan lelaki.

2. Adakah ibu bersedia?
Islam tidak pernah mengabaikan aspek ini malah Islam telah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya dan sedalam-dalamnya kepentingan peranan dan tanggungjawab wanita sebagai pendidik. Namun yang penting bukanlah untuk kita tahu pandangan Islam mengenai wanita dan lelaki atau hubungan dan tanggungjawab kedua-duanya.
Perkara tanggungjawab ini telah dimaklumi oleh semua. Apa yang penting kita perlu bertanya kepada diri kita apakah kita bersedia untuk patuh dan akur pada hukum Allah?

Pesanan Rasulullah saw untuk kita didalam sebuah hadith:

“Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu memohon hendaklah kamu memohon pertolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah Ta’ala telah tentukan keatas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas(telah ditentukan semuanya)”.

3. Jangan ikut nafsu!

Hakikat sekarang ini masyarakat di Negara ini dan lain-lain Negara didunia ini sedang dilanda budaya suka meniru gaya hidup eropah , bukan sekadar meniru tetapi mengenepikan landasan perundangan Islam yang bercanggah dengan kehendak nafsu mereka. Apa yang penting kita mesti bersedia menerima perintah Allah dalam masalah kehidupan kita.

4. Pahala atau Azab?

Al Quran dalam surah AN Nahl 16: ayat 78
“Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu-ibu kamu, (dalam keadaan) kamu tidak mengetahui sesuatu apa pun. Lalu Ia telah jadikan untuk kamu pendengaran, penglihatan dam akal fikiran, supaya kamu merasa syukur (diatas ni’mat-ni’mat tersebut)”.

Islam berpandangan akhlak wanita Islam wajib dibentuk. Sejak lahir mereka perlu dididik supaya memiliki sopan santun dan budi pekerti yang tinggi. Islam menggalakkan ibu bapa atau penjaga seseorang wanita supaya mengambil berat soal mendidik wanita. Allah menjanjikan mereka pahala yang besar dan mengingatkan mereka dengan azab yang berat jika mereka cuai.

5. Anak-anak bukan milik mutlak!

Al Quran: Surah At Tahrim :6
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu{berhala}: neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanan); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Hadith Riwayat AL Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar:
“Kamu semua adalah penjaga dan kamu akan ditanya tentang jagaannya. Imam (pemerintah) adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya. Lelaki adalah penjaga keluarganya dan dia akan ditanya tentang jagaannya. Wanita adalah penjaga dirumah suaminya dan dia akan ditanya tentang jagaannya. Setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya.”

Hadith Riwayat Al Tirmizi daripada Abu Sa’id al Khudri r.a:
“Setiap lelaki yang mempunyai dua orang anak perempuan, lalu dia mendidik mereka dengan baik sepanjang mereka bersamanya atau dia bersama mereka, nescaya kerana anak-anak perempuan ini dia akan dimasukkan kedalam syurga.

Hadith ini diriwayat Al Tirmizi dan Abu Daud.
Dalam riwayat Abu Daud disebut:
“Lalu dia mendidik mereka dengan adab sopan dan mengahwinkan mereka serta berbuat baik kepada mereka, dia akan beroleh syurga.”

Antara didikan yang baik ialah mengajar mereka apa yang perlu supaya mereka mampu melaksanakan peranan mereka. Contohnya membaca, menulis, mengira, mempelajari agama sejarah ( sejarah generasi yang baik dizaman silam: lelaki dan perempuan), cara mengurus rumah, aspek kesihatan, asas-asas pendidikan dan penjagaan kanak-kanak. Termasuk juga segala pengetahuan yang diperlukan oleh seorang ibu untuk mengurus rumahtangga dan mendidik anak-anaknya.

6. Jangan malu bertanya untuk belajar!

Hadith riwayat Al Bukhari:
“Wanita paling baik adalah wanita Ansar, perasaan malu tidak menghalang merreka mempelajari agama ini.”

Ramai dikalangan wanita generasi silam mempunyai ilmu, adab dan kefahaman ang luas mengenai ilmu Allah Ta’ala. Lebih baik wanita menumpukan masa kepada perkara yang berfaedah dan bermanfaat sesuai dengan tugas dan peranan mereka yang Allah tentukan iaitu menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak.

7. Apa Attitude Therapy dapat membantu anda?

  • Formula JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek yang ditenagakan dengan frequency 30 Juzuk Al Quran, Frekuensi buah-buahan, Frekuensi sayur-sayuran, Frekuensi Positive Attitudes.
  • Banyak testimoni menunjukkan pemulihan daripada berbagai jenis masalah hiperaktif, tidak ceria, gangguan pembesaran, berbagai masalah pembelajaran kanak-kanak, pelajar dan dewasa.
  • Sebotol mengandungi 180 pill untuk pengambilan sebulan.

No comments: