Apabila seseorang itu merasakan dirinya sakit ia mencari ubat untuk menyembuhkan penyakitnya. Berbagai ikhtiar di ambil untuk menemukan ubat tersebut melalui pencarian bertanya orang, membaca atau mencari dalam internet. Setelah yakin dengan maklumat-maklumat tentang sesuatu ubat, maka usaha di jalankan untuk mendapatkan ubat dan rawatan. Apabila ubat yang dicari ditemui dan rawatan pun dimulakan. Kesan dari rawatan terbukti penyakit dapat dirawat dengan mujarab sekali. Ubat itu dipercayai dapat memberi kelegaan dan menyembuhkan penyakitnya.
Dari pengalaman yang diceritakan diatas, ramai pesakit tanpa disedari bersandar pada ubat itu menyembuhkan penyakit.
Attitude Therapy membuat pendekatan yang akan membetulkan kesalahanggapan ini. Attitude Therapy menjalankan tanggungjawab untuk menjelaskan bahawa kuasa penyembuh penyakit bukan terletak pada ubat tetapi pada keizinan Allah swt. Kita diwajibkan berikhtiar mencari penawar pada penyakit dan ikhtiar itu diberi pahala, tetapi yang menyembuhkan adalah Allah swt. Kepada Allah swt lah mesti kita bersandar.
Setelah sembuh dari penyakit pesakit akan sehat rohani, mental, emosi dan fizikal.
Sebaliknya, jika sesuatu ubat tidak memberi apa-apa kesan penyembuhan, pesakit akan kecewa dan mencari keburukan pada ubat dan beranggapan tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit. Allah swt menguji seseorang dengan penyakit adalah kerana Allah swt menyayangi hambaNya dan apabila diuji dapatkah hambaNya mengingatiNya atau memang hambanya lupa padaNya? Alangkah sayangnya Allah swt kepada hambaNYa bila diuji dengan penyakit dan kesusahan hambaNya tetap mengingatiNya. Walaunpun penyakit masih belum sembuh tetapi hambaNya tetap bersabar.
No comments:
Post a Comment