If there is a chance of getting young and healthy again, would you hesitate?

There are only natural things,
no synthetics,
no chemicals,
you deserves the best...
to get back your health, beauty and prosperity in life.

I only go natural...

91,jln raja musa mahadi,tmn hillview,, Ipoh,Perak, Malaysia

Wednesday, June 9, 2010

Attitude Manusia sesama Manusia

Attitude yang betul sesama manusia amat penting dalam menjaga kesejahteraan sesama manusia. Hidup yang tidak mempertimbangkan kesejahteraan orang yang berkaitan dengan kita akan menjadikan hidup sangat muram dan tertekan. Orang yang bertaqwa, pengasih, luas pemikiran dan bersifat adil dapat menjadikan dirinya pengurus alam ini. Masyarakatnya hidup tenteram dan terbela dan rasa selamat. Allah jadikan dunia sebagai jambatan hidup yang dapat dijadikan bekalan akhirat, apa yang diperbuat sepatutnya meraih janji balasan dari Allah untuk bekalan akhirat. Attitude negative melahirkan sesuatu tindakan yang dibuat untuk memenuhi keselesaan peribadi sahaja dan tentu sekali akan memberi kesan negatif pada orang yang berkaitan dengan kita. Apabila kita membuat sesuatu tindakan mengikut contoh-contoh tauladan yang ditunjukkan oleh Nabi kita saw. maka tidak akan berlaku ketidakadilan dalam tindakan kita. Kerana tiap perbuatan dan diam Nabi saw semuanya memberi rahmat kepada sekelian alam. Semua tindakan atas dasar iman kepada Allah swt bukan atas dasar nafsu.

Tidak dapat mengikut sunnah Nabi saw. dalam kehidupan menjauhkan manusia dari rahmat. Attitude negatif yang tidak membawa rahmat datang dari rohani yang rosak, hubungan dengan Allah dalam jurang yang menjauh, hati tidak dapat di jadikan ruang untuk rahmat Allah melimpah.

Ramai yang tidak sedar dalam genggamannya telah diserahkan amanah oleh Allah swt untuk di tadbirurus dengan bijak. Disitulah kehebatan seseorang tertegak apabila dapat menjaganya dengan baik. Tadbirurus dengan corak dan sibghah Allah, bukan dengan hawa nafsu. Kejayaan dalam mentadbiurus dengan baik akan meningkatkan seseorang ke tahap yang lebih tinggi seolah-olah Allah redha seorang khalifahNya menjalankan tugas seperti yang dikehendakiNya.

"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah apa yang ada dalam jiwanya." Jiwa yang berattitude positif akan dapat berkat pertolongan Allah swt. Kerana hidup ini bukan kita yang mengaturnya tetapi ia diatur oleh yang Maha Mengatur.

No comments: