If there is a chance of getting young and healthy again, would you hesitate?

There are only natural things,
no synthetics,
no chemicals,
you deserves the best...
to get back your health, beauty and prosperity in life.

I only go natural...

91,jln raja musa mahadi,tmn hillview,, Ipoh,Perak, Malaysia

Wednesday, June 9, 2010

Attitude Suami Isteri

Yahoo! Mail (aishah_arridza)
Attitude seorang isteri.
Allah swt menjadikan isteri sebagai pasangan kepada suami, daripadanya seorang suami dapat sokongan dan bantuan dalam semua hal yang berkaitan pengurusan rumahtangga. Isteri menjalankan tugasnya menyelesaikan banyak keperluan dan kewajipan ibu bapa kepada institusi rumahtangga itu.
Namun sesorang isteri perlu di beri layanan dan perlindungan yang sewajarnya dari pihak suami. Ibarat menanam pokok, baja dan siraman air setiap hari akan menentukan kesuburan pokok yang ditanam menjadi dan mengeluarkan hasil. Suami adalah petani dan isteri tempat ia bercucuk tanam.
Attitide isteri pada landasan keadilan yang yang diberi padanya. Seorang petani yang mengabaikan kesejahteraan tanamannya akan menuai kehampaan kerana hasil pertanian adalah apa yang di curahkan. Isteri dengan sendirinya hilang commitment jika suami hilang minat pada tugas rutinnya membelai pertumbuhan pokok. Tanah ladangnya seakan tahu banyak mana ia diberikan harapan.
Apabila attitude suami berubah dengan sendiri nya attitude isteri berubah. Isteri penolong setia yang sanggup berkorban. Suami yang tidak bersyukur dengan isterinya akan hilang penyokong rapat dirinya. Suami terpaksa membina kekuatan luaran yang dapat membina jati dirinya, yang mana kekuatan itu tak mungkin diperolehi dengan keberkatan dan kemudahan, melainkan penuh dengan tipu daya yang mengelirukan.

No comments: