If there is a chance of getting young and healthy again, would you hesitate?

There are only natural things,
no synthetics,
no chemicals,
you deserves the best...
to get back your health, beauty and prosperity in life.

I only go natural...

91,jln raja musa mahadi,tmn hillview,, Ipoh,Perak, Malaysia

Tuesday, June 25, 2013

Doa

Sebagai panduan hidup yang penuh liku2 dan ujian, kita amat perlu sentiasa berdoa kepada Nya agar setiap langkah yang kita atur mendapat pimpinan dan pemeliharaan Nya. Tanpa pemeliharaan dan pimpinan Nya kita tidak pasti apakah hasil yang kita dapat berkat atau tidak. Biarlah segala yang kita buat mulakan dengan NamaNya dan berhati2 semasa kita menjalani kehidupan ini. Biarlah setiap sesuatu kita berhubung denganNYa agar detik hati kita dapat rasa sabar, syukur dan redha. Janganlah Allah biarkan kita tidak mendapat petunjuk. Pertolongan Allah amat penting bagi kita. Sakit kita bila kita jauh dari RahmatNya. Sihat kita bila kita sentiasa bersamaNya.

Sunday, June 23, 2013

Masalah gastrik = DETOKSIN -Vinegar

Pada tahun ini saya berminat menjadikan cuka sebagai bahan untuk penjagaan kesihatan. Saya dapati cuka sangat hebat untuk menguraikan asid, angin dan kolesterol. Cuka memang agen detoksifikasi yang wajib diamalkan dalam diet. Dalam beberapa minggu mengamalkan cuka keadaan sendi yang lenguh dan sakit kembali pulih seperti sediakala. Kandungan enzim dan berbagai jenis mineral seperti fosfurus, besi, potassium menjadikan sel, tisu-tisu dan organ dapat menjalankan fungsi penyerapan dan perkumuhan dengan berkesan. Rasulullah mencicah daging dengan cuka sebelum memakannya. Bermakna cuka membantu organ-organ pencernaan kerana ia mudah menguraikan lemak dan protin. Attitude therapy menyediakan formulasi baru cuka epal berperisa aromatherapy lemon amat berkesan untuk penghidap gastrik, darah tinggi, jantung, gout dan sakit sendi tulang.

Attitude therapy menyediakan berbagai jenis detoksin berasas buah utk masalah tertentu:

1. Apel utk pencernaan
2. Carrot utk mata
3. Beet root utk usus
4. Chilli utk sendi
5. Ginger utk selsema dan batuk
6. Garlic utk serangan jantung
7.pineapple utk batu karang 
8. Lime utk gusi berdarah
9. Tomato utk awet muda
10. Pumpkin kanser usus dan prostat


Thursday, May 23, 2013

Autisma dan rawatannya.

Jika ibubapa mempunyai anak kecil yang mempunyai kelainan, dari segi kadar perkembangan pertuturan atau kemahiran asas dalam pembelajaran dan respond yang lemah pada arahan, segeralah buat pemeriksaan pakar perkembangan kanak2. Pemeriksaan ini adalah untuk mengesan keupayaan anak tersebut.
Setelah mendapat keputusan pemeriksan oleh pakar kanak2 bahawa anak mengalami masalah  langkah merawat harus dilakukan dengan segera.

Kelewatan dalam pengesanan masalah anak melambatkan proses rawatan dan pemulihan.

Kebanyakan ibubapa yang datang keklinik saya untuk rawatan kes kelainan upaya anak2 menyatakan mereka mengesannya semasa anak mereka telah berumer 3 tahun.
Pada umur ini tidak terlambat untuk merawat masalah hyperaktif, lambat bercakap atau autisma.

Ada juga kanak2 yang mengalami masalah ini mengalami gangguan makhluk halus dan hijab terbuka sehingga mereka selalu bertembung dengan dimensi alam ghaib.

Kanak2 mengalami halusinasi lantas mengganggu perkembangan minda.

Klinik Attitude Therapy menyediakan rawatan mandi selama 3 hari berturut2 dan ubat2 yang sesuai bagi memulihkan minda dan karektor anak2 yang bermasalah.

Wednesday, May 22, 2013

Masalah pembelajaran =JERI QUOTIENT

Alhamdulillah, selama 18 tahun saya merawat penyakit pesakit2 yang datang brrjumpa saya, saya tak sangka pesakit cilik saya yang unik Nur Faqihah Azwani memberi kesan yang besar pada tugas saya membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Saya faham apakah tekanan ibubapa yang mempunyai anak autisma. Saya berdoa pada Allah ibubapa 2 ini mendapat pahala syurga.
Ilham yang saya perolehi dari masalah autisma membuahkan satu produk untuk merangsang minda dan karektor yang positif iaitu JERI Quotient.
Semua masalah karektor yang negatif termasuk autisma dapat dirawat menampakkan kesan yang amat ketara.

Pengambilannya bagi kanak bawah 12 tahun ialah sebiji pil untuk setiap 4 jam.
Untuk dewasa 2biji pil setiap 4 jam.

Friday, February 1, 2013

Rawatan Kerohanian.

Empat unsur tubuh manusia terdiri api, air, angin dan tanah. Amat penting mengetahui apa kaitannya kepincangan unsur dengan kesihatan rohani. Unsur api ialah perasaan marah dan panas baran. Unsur air ialah nafsu dan kehendak yang tak terkawal. Unsur angin ialah perasaan ego dan riak, sukar terima kritikan. Unsur tanah ialah perasaan tamak, kedekut dan sayang herta benda. Kepincangan Empat unsur dalam tubuh manusia melemahkan rohani dan boleh membuka pintu pada gangguan sihir, saka dan tumpangan makhluk halus. Kenapa penyakit tidak boleh sembuh setelah makan ubat dan penyakit tidak dapat dikesan setelah diagnos dengan kaedah pakar perubatan konvensional. Attitude Therapy merawat pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit yang ada kaitan dengan gangguan kerohanian. Dapatkan khidmat kami untuk merawat penyakit yang sukar untuk diubati kerana penyakit itu bercampur gangguan kerohanian.