Kesedaran tentang penyakit Rohani tidak dirasakan kritikal oleh kebanyakan orang kerana penyakit ini tidak dapat di rasakan ancaman dan bahayanya dengan mata kasar.
Unsur-unsur tubuh badan manusia terdiri dari angin, api, air dan tanah. Kelemahan atau kepincangan unsur-unsur ini boleh mengakibatkan penyakit rohani.
Penyakit rohani dapat dilihat dari lahirnya sikap (attitude) dan karektor yang negatif. Dengan kata lain sikap(attitude) dan karektor negatif adalah sama dengan penyakit rohani.
Penyakit rohani menularkan sifat-sifat mazmumah yang sukar dibendung.
Kepincangan unsur api dapat dilihat dari sifat marah, panas baran dan suka mengamuk.
Kepincangan unsur angin pula dapat dilihat dari sifat tidak boleh menerima teguran.
Kepincangan unsur air pula pada sifat nafsu yang tidak terkawal.
Kepincangan unsur tanah dapat dilihat pada sifat tamak.
Setiap organ dalam tubuh badan manusia mempunyai kaitan dengan sikap dan karektor, jika organ itu lemah maka akan lahir kepincangan tingkahlaku:
Kod - Organ - Positif / Negatif
Cl1 - Pineal -Semangat / Tiada dorongan
CL2 - Pituitary -Memory / Pelupa
CL3 - Thalamus -Kemahiran / Trauma
CL4 - Hypothalamus -Fokus / Tidur
CL5 - Allergy -Ceria / Bosan
CL6 - Sinus -Cita-cita / Tiada cita-cita
CL7 - Temperature -Lega / Baran
CL8 - Hypothalamus -Seimbang / Keliru
CL9 - Thyroid -Perhubungan / Konflik
CL10- Chest -Sabar / Terburu-buru
CL11- Heart -Tenang / Debaran
CL12- Hepar -Pemikiran / Kekusutan
CL13- Kidney -Bersih / Cerewet
CL14- Gall Bladder -Peramah / Pendam
CL15- Pancreas -Perihatin / Cemburu
CL16- Ovary/Testis -Jelita / Tidak ada seri
CL17- Genito Urinary-Manja / Kedinginan
CL18- Blood -Berani / Lesu
CL19- Colon -Yakin / was-was
CL20- Bone,nerves -Rajin / Malas
Bahaya penyakit rohani ialah ia menjejas akhirat. Sebab itu merawat penyakit rohani adalah lebih diutamakan kerana sifat-sifat mazmumah akan mengeraskan hati dan mengganggu ibadah. Organ-organ yang bertenaga membina kesihatan dapat mencerminkan akhlak yang seimbang dan harmoni, sebaliknya organ-organ yang lemah mencerminkan kepincangan tingkahlaku dan akhlak.
Merawat penyakit rohani tidak sama dengan merawat fizikal. Matlamat rawatan rohani ialah membebaskan pesakit dari terikat dengan nilai kebendaan dan meningkatkan jatidiri pesakit untuk menentang penyakit rohani dan penyakit fizikal serentak.
Pertamanya, sangkaan perlu dibetulkan bahawa kuasa penyembuhan adalah 100 peratus adalah dengan keizinan Allah swt. dan Allah swt tidak memerlukan apa-apa perantaraan untuk menyembuhkan penyakit, cukup sekadar Allah kata "jadilah" maka jadilah ia. Ikhtiar adalah diwajibkan dalam mencari penyembuhan dan mendapat pahala. Dalam berikhtiar perlu menjaga nilai syara' dari segi halal dan suci. Jika keyakinan kuat pada Allah swt. tidak ada yang memudaratkan melainkan dengan izin Allah swt semata-mata.
Kedua, niat adalah tenaga terkuat yang menjana penyembuhan penyakit. Oleh itu dalam merawat diri mulakan dengan niat untuk sembuh kerana Allah semata-mata.
Ketiga, sertakan setiap ikhtiar dengan memanjatkan doa kepada Allah swt. agar Allah swt perkenankan doa orang yang berdoa untuk sembuh.
Keempat, dalam berusaha mencari penyembuhan hendaklah yakin 100 peratus kepada Allah swt. yang maha Pemurah, Penyayang dan Yang Maha Kaya.
Kelima, bila berubat, buatlah dengan penuh harapan dan takut pada Allah swt. Sikap bersungguh-sungguh dalam berubat akan memberi hasil yang memuaskan dalam proses rawatan.
Kelima-lima panduan yang diberi akan membimbing pesakit mencapai kekuatan dalaman untuk merawat diri. Kesembuhan yang dicari akan membentuk sifat positif dan kesihatan dari dalaman.
Attitude terapi sentiasa memberi kesedaran sebelum memberi ubat. Jika pesakit merasakan ubat adalah segala-galanya dalam menyembuh penyakit maka matlamat utama tidak tercapai. Semoga kita bertambah iman dan bertambah bersyukur pada nikmat kesihatan yang selama ini melupakan kita pada Yang Maha Pemurah.
No comments:
Post a Comment