If there is a chance of getting young and healthy again, would you hesitate?

There are only natural things,
no synthetics,
no chemicals,
you deserves the best...
to get back your health, beauty and prosperity in life.

I only go natural...

91,jln raja musa mahadi,tmn hillview,, Ipoh,Perak, Malaysia

Friday, August 27, 2010

Sistem Endokrin

Bayangkan jika tubuh badan tidak cukup hormon tumbesaran, kita tidak membesar, kita akan jadi orang kerdil. Bayangkan jika tubuh badan kita tidak mempunyai hormon kejantinaan, kita tidak akan dapat nikmat terbentuknya sifat-sifat kejantinaan yang diimpikan dan tidak dapat nikmat mempunyai zuriat. Bayangkan tyroid tidak menghasilkan hormon, kita dapat gangguan pada leher dan berlaku pereputan tulang dan zat yang dimakan tidak akan dapat diserap. Bayangkan pancreas kita tidak menghasilkan insulin dan glukagen, darah akan tercemar kerana gula dan lemak tidak dapat dicerna.

Sistem endokrin ialah anugerah nikmat Pencipta yang Maha bijaksana, bijaksana kerana terperincinya sistem yang mengawal tubuh badan manusia. Terperincinya adalah tanda Dia sayang apa yang diciptakan ini. Lihatlah sistem ini mengkoordinasi aktiviti tisu seluruh tubuh manusia tanpa ada kurang atau cacat celanya.

Sistem ini bertindak dengan perantaraan berbagai-bagai jenis hormon (amino asid atau steroid)yang dirembes oleh kelenjar-kelenjar.

Hormon dirembis pada waktu tertentu pada kadar tertentu untuk bertindak pada organ tertentu pada satu jarak yang jauh dari tempat penghasilannya.
Hormon selalunya bertindak dengan penerima yang khusus diatas atau didalam sel tersebut.

Sistem Endokrin dan Eksokrin merembeskan hormon.

Endokrin:
Merembeskan hormon kedalam saluran darah atau kaviti badan.
Eksokrin:
Merembeskan hormon diatas kulit atau lapisan dalam sistem pencernaan atau pernafasan.

Organ Utama Sistem Endokrin: Pituitary.

Otak Hypothalamus berhubung rapat dengan organ Utama dalam sistem endokrin, pituitary. Bayangkan pula jika manusia tidak dapat nikmat tidur, apa akan terjadi pada hubungan hypothalamus dan pituitary ini? Inilah kelebihan tidur, maka eloklah tidur pada waktu malam awal dan bangun awal.

Pituitary yang sihat mengawal tindakan kelenjar-kelenjar:
i. Pineal
ii.Thymus
iii.Thyroid
iv.Parathyroid
v.Adrenal
vi.Pancreas
viiOvary/Testis

Kelenjar-kelenjar ini bergantung kepada fungsi organ utama, pituitary. Organ utama adalah ketua yang mentadbir orang bawah, jadi untuk membetulkan orang bawah, berurusanlah dengan ketuanya terlebih dahulu, maka orang atas tahu apa yang perlu dibuatnya. Tetapi jika ketua pun tidak dapat mengenal orang bawah, mustahil masalah orang bawah dapat diselesaikannya.

Attitude terapi sentiasa merawat dengan menggunakan pendekatan merawat punca masalah terlebih dahulu walaupun penyakit itu kelihatan parah dan perlu diberi rawatan terlebih dahulu.

Contoh seorang itu sakit tyroid yang kronik, jika punca masalah punca penyakit tyroid itu datang dari kelemahan pituitary, maka rawatan awalnya ialah merawat pituitary terlebih dahulu.

No comments: