If there is a chance of getting young and healthy again, would you hesitate?

There are only natural things,
no synthetics,
no chemicals,
you deserves the best...
to get back your health, beauty and prosperity in life.

I only go natural...

91,jln raja musa mahadi,tmn hillview,, Ipoh,Perak, Malaysia

Tuesday, January 26, 2010

Kemantapan Rohani Menjamin Kesihatan

Wawancara Radio
"Statistik Perceraian dikalangan pasangan Muslim diMalaysia adalah tinggi berbanding pasangan bukan Islam. 23,000 bercerai pada tahun 2008. Faktor2 yang membawa pada membuat keputusan untuk bercerai ialah:

i.Kelemahan tadbirurus keluarga,

ii.tidak dapat mengawal perasaan panas baran,

iii.kurang kesabaran,

iv.cemburu buta,

v.tidak bertanggung jawab

vi.dan tahap pendidikan.

Kebanyakan permohonan di mulakan dari pihak isteri, 80% lafaz talak di buat didalam mahkamah.

Kesemua negeri perceraian dimulakan pihak perempuan.

Ini adalah kesan apabila wanita membuat keputusan, apabila mereka telah di beri kelonggaran memohon perceraian.
Kesan kepada anak membimbangkan bagi pasangan yang ada anak.

Hubungan antara suami isteri dulu adalah "abang dan adik", masih wujud rasa kasih sayang dan hormat tetapi sekarang suami isteri lebih pada hubungan yang "setara", jadi pasangan merasakan masing-masing berhak. "

Diatas adalah sedikit catatan yang saya petik dari topik yang dibincangkan dalam sebuah setesen radio baru-baru ini.

Sudut Pandang Attitude Therapy

Apa yang menarik untuk dianalisa dari isu yang dibincangkan dalam setesen radio itu ialah tentang Sikap/Attitude pasangan yang berumah tangga dari sudut rawatan Attitude Therapy.

Saya memandang dari beberapa faktor atau sudut pandang:

1. Faktor makanan

Makanan memang ada peranan dalam membentuk karaktor atau sikap. Ini adalah bidang kajian saya. Mungkin kita boleh berkongsikan kajian ini bersama untuk ambil manafaat.

Makanan yang mengandungi protin tidak stabil (seperti produk soya, kobis, togeh), kesterol tepu (seperti sotong, udang), mineral berat (seperti isi dalaman haiwan, kepala ikan) akan mengganggu kesetabilan hormon.
Gangguan hormon pada lelaki atau wanita akan menyebabkan emosi yang tidak stabil seperti panas baran dan murung.

Keupayaan mengawal emosi dapat ditingkatkan jika pasangan suami isteri menjaga makanan yang menyebabkan gangguan hormon.

Dikalangan ahli keluarga juga masalah ini menyebabkan mereka tidak dapat berpakat. Anak-anak akan bergaduh wlaupun dalam hal yang sangat kecil.

2. Memahami psikologi organ:

Sistem pencernaan yang terbeban dengan makanan yang tinggi protin hingga terlebih had boleh menjejas fungsi pencernaan dan gagal menguraikan makanan menjadi zat yang menyihatkan. Kelemahan sistem pencernaan menyebabkan pembentukan toksin. Dalam Attitude Therapy psikologi organ pencernaan terutama pancreas ialah perihatin pada perkara luar atau sifat cemburu, dengki, hasad.

Tidak ramai yang menyedari sifat cemburu adalah sukar dikawal apabila seseorang banyak makan makanan berprotin tinggi. Tidak sangka menjamu selera akan menjadikan seseorang itu kuat cemburu. Apabila kegemaran makanan laut contohnya tidak dapat di kawal seseorang itu kerap mengalami tekanan perasaan cemburu.

3. Detoksifikasi

Toksin yang terbentuk dari kelemahan sistem pencernaan akan mengganggu sistem aliran darah. Sistem aliran darah yang lemah menyebabkan kelemahan semua fungsi organ dalam badan. Seseorang akan cepat tertekan dan tension bila sistem tubuh tidak seimbang. Jika ini berlaku seseorang itu mesti cepat-cepat mulakan detoksifikasi untuk melegakan tekanan itu.

4 Faktor Hubungan dengan Allah:

Hubungan dengan Allah dalam setiap amalan yang dilakukan menjana kekuatan rohani. Kehidupan akan terpandu dengan hidayah dan menghindar bisikan syaitan yang ingin memecah belahkan ikatan kasih sayang.

Seseorang yang ingin kebahagian hidup harus menyediakan masa untuk ibadah sebagai bekalan hidupnya. Bekalan kerohanian dpat memberi ketenangan pada diri dan ahli keluarga dan masyarakat.

Kerukunan rumahtangga adalah terletak kepada peranan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Sikap menyenangkan hati pasangan dan bertoleransi pada kelemahan pasangan memerlukan tenaga dalaman yang positif.


5. Tenaga Dalaman
Tenaga dalaman yang positif melahirkan karaktor yang positif.

Air muka yang berseri, hati yang tenang dan tenteram lahir dari kekuatan hubungan dengan Allah dan juga tubuh badan yang sihat.

Anda hanya perlukan rawatan apabila anda tidak mampu mengikut saranan diatas.


Apa Attitude Therapy dapat membantu anda?

Anda boleh seimbangkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan faktor pemakanan dan ketidakseimbangan hormon dengan:


*Formula detoxin from apple cyder venigar and honey.
*Aromatherapy Mascooliin for men,
*Sabun Mascooliin for men,
*Sabun Seri Wangi (unisex)
*Aromaterapy Seri Wangi(Unisex)
*Virgin oil for women,
*Honey Virgin hormonal Balance for Women.

No comments: